Kak KM Jawab Dakwaan Menipu Keputusan SPM Anak - "Berlaku Kekeliruan, Kita Tunggu & Lihat Pada Rezeki"

8 Jun 2024 • 4:48 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Usahawan popular Liana Rosli menjelaskan dirinya tidak pernah menipu selepas berkongsi keputusan anak lelakinya, Faris Razman, yang mendapat keputusan 6A pada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada 27 Mei lalu.