Kak KM lawat A. Aida di hospital, doa cepat sembuh – “Saya sayang awak”

EntertainmentLifestyle
1 Oct 2025 • 9:47 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Usahawan sensasi, Liana Rosli atau Kak KM dibenarkan melawat penerbit terkenal Datuk A. Aida yang sudah dipindahkan ke wad biasa setelah dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak minggu lalu.

Melawat di hospital

image is not available

Menerusi perkongsian di Instagram, Kak KM meluahkan rasa syukur kerana diizinkan untuk melawat dan mendoakan agar A. Aida terus diberi kesembuhan yang baik.

“Rehat tau, terima kasih terima kami sebagai tetamu. Datuk pilih orang tertentu sahaja datang melawat,” kata Kak KM di Instagram .

Dalam pada itu, Kak KM turut memuji kejelitaan A. Aida biarpun berada dalam keadaan yang tidak sihat dan berjanji akan bercuti di pusat peranginan milik penerbit tersohor tersebut.

image is not available

“Semoga cepat sembuh Datuk, sakit pun cantik. Lepas ni kita bercuti kat @tuahdmanggis,” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen, warganet turut meluahkan rasa syukur melihat A. Aida akhirnya terbangun daripada koma biarpun dipercayai jantungnya sudah berhenti sebanyak lapan kali.

Malah ada juga wargamaya yang mengecam tindakan Kak KM yang dilihat mencium A. Aida kerana bimbang boleh membahayakan kesihatannya yang masih dalam proses pemulihan.

Moga terus sihat

image is not available

Tak payah cium

image is not available

Keajaiban tuhan

image is not available

Sebelum ini, A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang menjalani pembedahan lutut pada selasa lepas namun terpaksa dimasukkan ke ICU dan ditidurkan selepas rebah ketika menjalani sesi fisioterapi sekitar minggu lalu.

Sumber: Instagram kakkmsayang