“Kakak saya separuh m*ti” – Lelaki Ditahan Lepas Kes Pukul Kekasih Tular Di FB

Entertainment
2 Aug 2024 • 3:37 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tindakan seorang lelaki berlaku kejam terhadap kekasihnya akhirnya ketahuan apabila perbuatannya itu tular di Facebook.

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, tangkapan ke atas lelaki berusia 27 tahun itu dibuat selepas didedahkan oleh anonymous member di Facebook Port Dickson Area (Official) pada pukul 12.15 tengah hari semalam.

“Pemilik akaun itu memaklumkan suspek memukul kakaknya dan satu laporan telah dibuat oleh mangsa pada pukul 11.44 pagi semalam.

Bertindak atas maklumat, teman lelaki mangsa telah ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Port Dickson pada pukul 11.50 malam tadi (1 Ogos) di Bandar Sunggala, Teluk Kemang,” katanya.

image is not available

Lelaki yang difahamkan positif dadah itu dikatakan bertindak demikian selepas bertengkar dengan mangsa kerana cemburu dengan wanita tersebut.

“Mangsa mengalami kecederaan lebam di muka dan luka di mulut. Suspek turut mengugut adik mangsa untuk menyebarkan gambar milik kakaknya,” katanya lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 kanun sama atas kesalahan ugutan jenayah.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.