
Kota Kinabalu: Pengerusi Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. (CIS) Datuk Japlin Akim mahu kakitangan syarikat itu memberikan komitmen penuh dalam kerja mereka secara sebuah pasukan bagi mengekalkan prestasi cemerlang sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
“Saya percaya keupayaan dan kecemerlangan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi pekerja dalam mengamalkan semangat berpasukan selain corak pentadbiran organisasi.
Advertisement“Sejak mendapat amanah menerajui CIS sebagai pengerusi, saya ingin memastikan semua kumpulan kakitangan sama ada dari segi pengurusan kilang atau jenama, akan terus memberikan usaha jitu dalam menjayakan misi CIS.
“Sebagai sebuah GLC, pastinya kita ada tanggungjawab dan amanah untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sabah,” katanya semasa sambutan Tahun Baru Cina CIS di Sepanggar, dekat sini pada Rabu.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Dalam pada itu, Japlin berkata CIS telah menerima Anugerah Top 10 Pengguna Kuasa Besar 2024 dan ia merupakan satu pencapaian besar bagi syarikat itu.
“Anugerah ini adalah yang pertama kali diterima oleh kami dan ini juga adalah pencapaian yang membanggakan kepada seluruh kakitangan syarikat.
Advertisement“Ia juga menjadi pembakar semangat untuk semua kakitangan CIS, serta menjadi petanda untuk kami semua bekerja lebih keras untuk menyumbang kepada ekonomi dan pendapatan negeri,” katanya.
Hadir sama, Pengurus Besar CIS Sumardi Mohd Yusof, Pengurus Kanan Jualan dan Logistik Melvyn Yong, Pengurus Kanan Kualiti Alimat Anuar Salam, Pengurus Kanan Sumber Manusia Ezrie Ag Raini serta pihak pengurusan CIS dan kakitangan.
AdvertisementSementara itu, Japlin berkata Sabah sudah lama menjadi negeri contoh dalam perpaduan serta penyatuan budaya kaum dan kepelbagaian adat resam serta agama.
“Ini terbukti melalui sambutan perayaan yang melibatkan semua masyarakat tanpa mengira agama atau etnik.“Kita semua di sini mampu bersama dalam semua majlis perayaan tanpa menjadi masalah, kerana kita adalah satu keluarga besar di Sabah.
“Saya yakin semua rakyat Sabah faham akan realiti ini dan kita mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi penerus kepada legasi ini dan mampu dicontohi pelbagai pihak luar,” katanya.
Tambah Japlin lagi, kakitangan CIS yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama juga merayakan pelbagai perayaan.“Kita akan sentiasa berusaha untuk melaksanakan majlis seperti ini tidak hanya Tahun Baru Cina tetapi juga semua perayaan lain seperti Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan, Deepavali, Krismas dan banyak lagi.
“Ini bukan sahaja untuk kita saling mengeratkan hubungan dalam kalangan kakitangan, bahkan ini juga memberi peluang kepada semua untuk berkongsi kegembiraan,” katanya.



