Kakitangan JPS maut tudung terbelit 'roll gate' kunci air

15 Aug 2026 • 6:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kakitangan JPS maut tudung terbelit 'roll gate' kunci air
Seorang pekerja kunci air maut selepas dipercayai tudung dipakainya terbelit pada roll gate dalam kejadian di Kunci Air Grand Sabak Hotel pada Sabtu.

SABAK BERNAM - [DIKEMAS KINI] Seorang pekerja Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maut selepas tudung dipakainya terbelit pada 'roll gate' dalam kejadian di Kunci Air Grand Sabak Hotel di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang itu, mangsa wanita berusia 56 tahun ditemukan terbaring di atas 'gate' kunci air berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.35 petang.

Menurutnya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam tiba di lokasi tiga minit kemudian.

"Komander operasi melaporkan seorang wanita berusia 56 tahun yang merupakan pekerja kunci air JPS ditemukan terbaring di atas gate kunci air.

"Siasatan awal mendapati tudung kepala mangsa telah terbelit pada 'roll gate'," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mayat mangsa kemudiannya menunggu tindakan dan siasatan lanjut pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Menurutnya, seramai lima anggota BBP Sabak Bernam bersama sebuah jentera LFRT terlibat dalam operasi berkenaan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved