Kakitangan Risda didakwa kemuka 15 dokumen palsu

LocalPolitics
27 Oct 2026 • 12:21 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kakitangan Risda didakwa kemuka 15 dokumen palsu

KUALA TERENGGANU – Seorang pembantu tadbir Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) menghadapi 15 pertuduhan menggunakan dokumen sebut harga palsu bernilai lebih RM14,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Mohamad Afif Md. Noor, 37, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.

Berdasarkan pertuduhan, dokumen berkenaan melibatkan permohonan penyediaan makan tengah hari, minum petang dan pembekalan kelengkapan mesyuarat serta kerja penyelenggaraan di Pejabat Risda Kemaman antara Disember 2020 hingga Januari 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan wang jaminan RM6,000 dan seorang penjamin. – KOSMO! ONLINE

The post Kakitangan Risda didakwa kemuka 15 dokumen palsu appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved