“Kalau aku dah tergolek!” Netizen Terpegun, Jemaah Solat Tarawih Dalam Kapal Ketika Laut Bergelora

Entertainment
8 Apr 2023 • 2:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, umat Islam digalakkan untuk menunaikan solat tarawih selepas berbuka di sebelah malam. Ibadah yang dilakukan itu adalah sangat dituntut oleh agama, namun terpulang kepada individu masing-masing untuk melaksanakannya.

Ada satu video yang tular di media sosial dimana sekumpulan jemaah sedang menunaikan solat sunat tarawih yang dipercayai dalam sebuah kapal.

Ketika melaksanakan solat tarawih itu, kelihatan barisan jemaah sedaya upaya cuba menimbangkan badan mereka setiap kali kapal melalui rintangan lautan yang bergelora.

Korang boleh tengok video @popeyeee1234 dibawah untuk lihat sendiri bagaimana jemaah ni solat tarawih.

 

Kalau aku dah bergolek!

Fuhhh hebat betul min tengok jemaah atas kapal di solat tarawih walaupun keadaan terumbang-ambing macam tu.

Kalau min jadi jemaah atas kapal tu, silap-silap mabuk sampai termuntah, takpun dah kemana dah hilang setiap kali kena lambung ombak.

image is not availableNasib baik ada geng yang sama-sama kedepan dengan min kalau solat sekali atas kapal ni. Tapi betul lah, kuat betul kaki dorang melekat kan.

image is not availableMungkin dah memang kerja duduk atas kapal. Lama-lama kena lambung ombak sampai dah tak mabuk dah kan.

image is not availableKena pulak dengan member yang jenis masuk air, bergerak sikit memang terus gelak lah. Lagi-lagi bila semua struggle nak imbang badan kan.

image is not availableAda ilmu yang dipakai namun tidak ditunjukkan kepada umum oleh abang-abang kapal ni. Hebat betul boleh kawal cakra untuk tumpu sepenuhnya ada kaki.

image is not availableEhh… betul lah, macam video klip lagu Micheal Jackson Smooth Criminal tu. Alaa yang menari tiba-tiba sandar ke depan tu. Korang mesti tahu punya lah.

Apa-apa pun didoakan semua yang tetap menunaikan ibadah walau segetir mana kerja yang dilakukan agar terus istiqamah sepanjang tahun selepas berakhirnya Ramadan ye. Amiinn.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.