‘Kalau bekas suami tu dah mamp#s, tak adalah sakit hati kalau tak dapat nafkah’ – Rita Rudaini

LocalFamily & Parenting
24 Dec 2025 • 11:18 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Isu pemberian nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak terus menjadi perhatian, khususnya melibatkan tanggungjawab selepas perceraian. Awal Disember 2025, Menteri Hal Ehwal Agama Islam, Dr. Naim Mokhtar menegaskan bahawa bekas suami yang culas membayar nafkah anak dan isteri boleh dikenakan hukuman penjara.

Menurut beliau, sebanyak 9,674 kes pelanggaran perintah nafkah telah berjaya diambil tindakan setakat ini. Penegasan tersebut dibuat bagi memastikan perintah mahkamah dipatuhi serta kebajikan anak dan bekas isteri terus terjamin.

Baca juga:

Dalam perkembangan berkaitan, pelakon Rita Rudaini turut memuat naik satu hantaran di media sosial yang menyentuh isu kegagalan bekas suami membayar nafkah.

“Kalau bekas suami tu dah mampos, tak adalah sakit hati kalau tak dapat nafkah, kan.

Yang mengelat tu, kalau tak mahu bayar, lebih baik mampos je.”

image is not available

Nafkah kekal tanggungjawab wajib

Walaupun ikatan perkahwinan telah berakhir, tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak dan bekas isteri yang layak tidak terputus. Nafkah bukan bergantung kepada hubungan peribadi atau perasaan, sebaliknya merupakan kewajipan yang ditetapkan oleh undang-undang dan agama.

Anak-anak tidak seharusnya menjadi mangsa kecuaian atau sikap culas mana-mana pihak. Justeru, perintah nafkah perlu dipatuhi sepenuhnya demi menjamin kebajikan serta masa depan mereka.