‘Kalau Dapat Kad Jemputan Macam Ni Jangan Tekan’, Wanita Ini Tunjuk Cara Scam Baru

19 Jun 2023 • 1:53 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wanita ini tunjuk scam cara baru, guna kad jemputan

‘Kalau Dapat Kad Jemputan Macam Ni Jangan Tekan’, Wanita Ini Tunjuk Cara Scam Baru. Baru-baru ini, satu hantaran tular apabila seorang wanita membuat perkongsian mengenai cara baru ‘scammer‘ untuk menipu orang ramai.

Menerusi perkongsian di laman Facebook itu, wanita itu menasihatkan supaya jangan tekan kad jemputan majlis perkahwinan digital seperti yang ditunjukkan dalam gambar tersebut.

“Kalau dapat kad jemputan macam ni takda nama jangan tekan, kawan baru kena dan hilang duit dalam bank. Ni scammer cara baru,” ujarnya menerusi kapsyen di Facebook miliknya.

image is not available
Sumber: Facebook

Cara baru scammer melalui WhatsApp

Menurut postingan gambar tersebut, ‘scammer’ itu menghantar kad jemputan melalui aplikasi WhatsApp, dan mengarahkan penerima mengklik atau memuat naik dokumen format ‘APK’ yang diterima.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera dengan rasa kesyukuran, menjemput tuan Zaiton Othman ke majlis perkahwinan anak kami.

“Sila klik instal Apk untuk daparkan kad kahwin digital kami,” kata scammer menerusi perbualan dalam whatsapp tersebut seperti ditunjukkan dalam gambar.

image is not available
Sumber: Facebook

Baca juga artikel yang berkaitan:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved