“Saya kenal dia,” demikian respon Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika mengulas mengenai komen berbaur provokasi yang ditinggalkan seorang individu terhadapnya di platform Threads baru-baru ini.
Menurut Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Tarudin, dia yakin individu berkenaan juga mengetahui bahawa dirinya mengenali pemilik akaun tersebut.
AdvertisementBagaimanapun, Siti menjelaskan dia sengaja membalas komen berkenaan untuk melihat reaksi individu tersebut.
View this post on Instagram
“Saya kenal dia. Dia tahu saya kenal dia. Tapi saja-saja nak tengok reaksi dia. Bagi saya dia sengaja.
“Kita bukannya nak bergaduh di Threads tu tak guna pun. Bagi saya, kalau gentleman datang jumpa saya, cakap dengan saya,” katanya kepada Gempak.
Siti berkata demikian ketika ditemui pada program MeleTOP di Astro Bukit Jalil, Selasa.
Dalam pada itu, Siti turut menjelaskan mengenai penggunaan teleprompter ketika membuat persembahan, selepas ada individu mempertikaikan kemampuannya menghafal lirik lagu sendiri.
Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, teleprompter digunakan sebagai bantuan untuk melihat lirik, terutama ketika penglihatannya kurang jelas.
View this post on Instagram
Terdahulu, seorang individu mencetuskan perhatian selepas meninggalkan komen berbaur provokasi terhadap Siti dengan mendakwa penyanyi itu sering terlupa lirik ketika menyanyikan lagu sendiri, namun mampu menghafal lirik lagu berbahasa Inggeris.
Siti kemudian tampil memberikan respon dengan menjelaskan bahawa ketika menyanyikan lagu berkenaan, dia melihat ke arah teleprompter yang disediakan.
Bagaimanapun, individu tersebut kemudiannya dilihat telah memadam komen berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Benaknya... Tak Ada Orang Boleh Sekolahkan Depa?” – Fedtri Yahya Tegur Perdebatan Isu Kanak-Kanak Diserang Anjing
The post “Kalau ‘Gentleman’ Datang Jumpa Saya” – Siti Nurhaliza Dedah Kenal Individu Yang Sering ‘Provok’ Di Media Sosial first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






