Kalau isteri berseloroh buat video ‘telur masam’, saya malu dan jatuh air muka – Dr Say

Health & FitnessLifestyle
24 Jun 2025 • 11:36 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Dr Say

Pempengaruh kesihatan terkenal, Dr Say tampil menjelaskan jangkitan herpes yang dialami oleh usahawan sensasi, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Dr Say atau nama sebenarnya Muhammad Shazril Shaharuddin di laman Instagram, virus herpes dikategorikan kepada dua jenis iaitu Herpes Simplex Type-1 (HSV-1) dan Herpes Simplex Type-2 (HSV-2).

Dr Say

Instagram will load in the frontend.

“Cold Sores adalah sejenis penyakit yang disebabkan virus herpes. Ada dua jenis virus herpes yakni Herpes Simplex Type-1 (HSV-1) dan Herpes Simplex Type-2 (HSV-2).

“HSV-1 biasa berlaku kat mulut dan HSV-2 biasanya kat kemaluan tapi kedua-duanya boleh bertukar tempat. Macam mana ia boleh berjangkit? Melalui ciuman, seks oral atau berkongsi barang peribadi seperti lip balm, shaver, tuala sebab inilah barang peribadi, keep it sebagai peribadi.

“Jadi tak semestinya cold sores disebabkan ‘telur lelaki masam’,” katanya.

Dr Say

image is not available

image is not available

Jelasnya lagi, seseorang akan berisiko tinggi untuk kembali dijangkiti dengan virus tersebut di tempat yang sama sekiranya tidak mengawal stres, penat yang kerap, imuniti jatuh, hormon kerap berubah dan sebagainya.

Sementara itu, Dr Say turut menitipkan nasihat kepada orang ramai terutamanya usahawan yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini yang mengeluarkan kenyataan dijangkiti virus herpes disebabkan ‘telur suaminya yang masam’.

Tegasnya, suami isteri perlu saling menjaga aib pasangan masing-masing dan tidak perlu dihebahkan kepada khalayak umum di platform media sosial.

image is not available

“Berkaitan adab pula, sikit sahaja saya nak sentuh sebab saya bukan ‘ahli’ bab ini.

“Kalau isteri berseloroh buat video cakap telur masam, saya malu dan jatuh air muka.

“Apa jua perkara yang mengaibkan yang mungkin kita atau pasangan kita ada, lebih baik kita simpan sendiri sebab ia boleh membuka fitnah lagi-lagi di media sosial.

“Cuba kita terbalikkan keadaan, kalau lelaki tu kena cold sores selepas itu dia canang satu dunia ‘oh ni sebab isteri saya apum basilah ni,’ adakah anda masih tertawa atau anda akan hukum lelaki itu?

“Dalam dunia digital ini adab dan ilmu kena seiring, jangan sebarkan penyakit dengan mulut dan jangan sebarkan aib dengan jari,” ujarnya lagi.

image is not available

Terdahulu, usahawan Kieda Crepe teruk dikecam netizen selepas memuat naik konten berseloroh mengatakan dirinya dijangkiti virus herpes disebabkan telur masam sambil menunjuk ke arah suami.

Perkara itu pastinya mengejutkan ramai kerana ia seolah-olah menceritakan tentang kehidupan ‘dalam kain’ mereka berdua walaupun tujuan asal untuk berkongsi ilmu berkaitan penyakit yang sedang dihidapi.

Sumber: Instagram @Dr Say