Kalau Jadi Lelaki Lembut Satu Kesalahan, Aku Minta Maaf – Ojen Aiwah

EntertainmentLifestyle
12 Feb 2026 • 5:37 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Usahawan dan personaliti media sosial, Ojen Aiwah, berkongsi perasaan rendah diri dan kesukaran menepati harapan masyarakat terhadap lelaki menerusi hantaran di platform Threads.

Ojen atau nama sebenar Mohd Ruzain Ahza Mohd Rosli, berkata sifat lembutnya sering membuatkan beliau berasa bersalah dan tidak setanding dengan jangkaan orang lain.

Lelaki Lembut Satu Kesalahan?

image is not available

Benda pertama dalam otak aku adalah kenapa dengan lembut? Kalau jadi lelaki lembut itu satu kesalahan aku mintak maaf tau.
“Aku sampai minta maaf dengan mak aku sebab anak lelaki dia tak sama macam orang lain. Maafkan aku sebab aku bukan jantan sejati macam orang lain.
“Aku tak boleh nak jadi apa yang orang lain nak aku jadi, aku mintak maaf tau.” tulis Ojen.

image is not availableimage is not available

Kenyataan tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen, dengan sebahagian daripada mereka menyokong keberanian Ojen meluahkan perasaan sebenar, manakala yang lain memberi kata-kata semangat.

Sumber: Threads ojennaiwahhh_

The post Kalau Jadi Lelaki Lembut Satu Kesalahan, Aku Minta Maaf – Ojen Aiwah appeared first on Borak Daily.