“Wheelchair Pun Baru Beli Untuk Konten” – Netizen Fitnah Ibu Tipu Hidap Kanser, Ojen Luah Rasa Kesal

EntertainmentLifestyle
3 Feb 2026 • 2:26 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Usahawan dan personaliti media sosial, Ojen Aiwah, tampil menjawab dakwaan yang menuduhnya menggunakan ibunya yang menghidap penyakit kanser sebagai kandungan media sosial untuk meraih simpati orang ramai.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Ojen atau nama sebenarnya Zain Rosli memuat naik sebuah video yang memaparkan ibunya sedang menjalani rawatan di sebuah hospital. Perkongsian itu dibuat sebagai respon terhadap pelbagai spekulasi yang timbul dalam kalangan netizen.

Advertisement

image is not available

Ojen turut berharap orang ramai tidak terus mengheret ibunya ke dalam polemik yang boleh memburukkan lagi keadaan kesihatan wanita berkenaan.

“Tolong ganggu Mama (ibu). Jangan berani cakap bukan-bukan pasal Mama.”

“Kami tiada buat salah pun dengan kalian. Maafkan saya kalau saya belum jadi cukup sempurna di mata kalian. Saya betul-betul minta maaf,” luahnya.

Sebelum ini, seorang individu mendakwa Ojen sanggup menipu orang ramai dengan menyatakan ibunya menghidap kanser semata-mata untuk meraih simpati masyarakat. Individu terbabit turut mempersoalkan keadaan fizikal tangan ibu Ojen yang didakwa tidak menunjukkan kesan lebam seperti kebiasaan pesakit kanser yang menerima banyak suntikan.

View this post on Instagram

Bagaimanapun, pada 14 Januari lalu, Ojen memaklumkan bahawa ibunya telah dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan usus, sekali gus menepis dakwaan tidak berasas yang dilemparkan terhadap keluarganya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-02-03 11:17:47

Kerap Buat Video Gaya Hidup Sihat, Netizen Dedah Isteri Tareq Fit Rupanya Berisi - "Saya Suka Wanita 'Chubby'"

The post “Wheelchair Pun Baru Beli Untuk Konten” – Netizen Fitnah Ibu Tipu Hidap Kanser, Ojen Luah Rasa Kesal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.