‘Kalau kita jujur dalam bekerja, kita ke syurga’ -Pesanan Cik Man

LocalEntertainment
6 Aug 2026 • 4:50 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Allahyarham Cik Man ketika ditemu bual dalam program Malaysia Hari Ini (MHI) berkongsi pesanan tentang kejujuran dalam bekerja.

Dunia hiburan tanah air kehilangan seorang pelakon yang cukup disenangi apabila Cik Man dilaporkan meninggal dunia semalam, sekali gus mengundang rasa sebak dalam kalangan rakan selebriti serta peminat yang mengikuti perjalanan seninya.

Berita pemergian Cik Man atau nama sebenarnya Kamarool Haji Yusoff sebelum ini turut mendapat perhatian selepas beliau dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan menerima rawatan di Hospital Tanah Merah akibat masalah kesihatan melibatkan saluran jantung tersumbat.

Dalam pada itu, sebuah video tular yang memperlihatkan semula rakaman temu bual Cik Man bersama program Malaysia Hari Ini (MHI) turut mengundang sebak ramai pihak.

Menerusi temu bual berkenaan, Cik Man berkongsi mengenai penghargaan yang diterima daripada peminat, namun dalam masa sama menzahirkan sifat rendah dirinya dan tidak mahu dianggap berlebihan.

“Saya rasa satu penghargaan yang paling… saya takut bila orang kata, ‘saya minat’. Saya rasa macam berdosa pula. Cuma saya kata, eh jangan. Saya tak ada apa. Yang dipapar itu kerja saya. Yang penting jujur. Bila jujur, lain,” katanya.

Allahyarham turut menekankan kepentingan nilai kejujuran dalam melaksanakan pekerjaan serta amanah yang diberikan.

“Kita buat kerja sederhana, jujur. Jangan sambil lewa. Jujur dalam bekerja. Kalau kita jujur, kita ke syurga. Betul, insya-Allah,” katanya.

@mhitv3

Baru sahaja bulan lepas kami berkesempatan borak borak dengan Cik Man, hari ini dapat perkhabaran duka Cik Man meninggal dunia. Innalillah, semoga Cik Man ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan dalam rahmat Allah. Terima kasih menghiburkan kami dengan karya-karya Cik Man. Al-Fatihah.

♬ original sound – Aki Seruling – AKI Seruling
Baca juga:

Pemergian Cik Man bukan sahaja dirasai oleh keluarga dan rakan terdekat, malah turut meninggalkan kesan kepada peminat yang menghargai bakat serta keperibadian beliau sepanjang berada dalam industri hiburan.

Sikap sederhana, jenaka yang menghiburkan dan nasihat penuh makna yang pernah disampaikan menjadi antara kenangan yang akan terus dikenang oleh mereka yang mengenali Allahyarham.

Rakaman berkenaan dikongsikan semula oleh peminat sebagai tanda memperingati sosok pelawak yang dikenali dengan perwatakan bersahaja serta sering mencuit hati penonton.

Selain dikenali sebagai penghibur yang mencuit hati, sisi peribadi Cik Man turut mendapat perhatian selepas ramai berkongsi kisah kebaikan yang dilakukan Allahyarham di luar pentas.

Image from: ‘Kalau kita jujur dalam bekerja, kita ke syurga’ -Pesanan Cik Man
Komen seorang pengguna di Thread

Dalam satu perkongsian di media sosial, seorang pengguna mendakwa ramai tidak mengetahui bahawa Cik Man merupakan antara individu yang aktif sebagai ahli masjid di kampungnya.

Menurut komen tersebut, Cik Man juga sering mengambil berat terhadap masyarakat sekeliling, terutama ketika berlaku kematian di kawasan mereka.

“Ramai tak tahu Cik Man ni ahli masjid kampung dia. Cik Man jenis bergegas kalau ada orang meninggal, dia akan tanya ahli keluarga ada perlukan duit-duit ke,” tulis pengguna berkenaan.

The post ‘Kalau kita jujur dalam bekerja, kita ke syurga’ -Pesanan Cik Man appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved