“Kalau kita teruskan kerajaan ini hingga akhir penggal, terlingkup kita – Veteran UMNO

LocalPolitics
11 Sep 2026 • 8:48 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Veteran UMNO menggesa Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar kekal dengan pendirian yang telah ditetapkan, termasuk mengambil segala langkah dan menggunakan tekanan yang perlu bagi memastikan pilihan raya dapat diadakan dalam tempoh terdekat.

Image from: “Kalau kita teruskan kerajaan ini hingga akhir penggal, terlingkup kita – Veteran UMNO

Ahli Jawatankuasa Veteran UMNO, Datuk Adam Abd Hamid berkata, parti itu berisiko berdepan kesan besar sekiranya terus berada dalam kerajaan sehingga tamat penggal tanpa berusaha mendapatkan pilihan raya lebih awal.

“Saya nak kata kepada Datuk Seri Zahid, ikhlas daripada Veteran (UMNO), jangan sekali-kali berundur. Kalau kita teruskan kerajaan ini hingga akhir penggal, terlingkup kita daripada UMNO ini.
“Oleh yang demikian, gunakan segala tekanan untuk memastikan kita ada pilihan raya pada masa yang terdekat,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2026, di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Sementara itu, Adam turut melihat kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) sebagai perkara yang perlu diberikan perhatian, khususnya dalam merangka strategi menghadapi pilihan raya serta mengelakkan pertembungan antara parti Melayu-Islam.

Katanya, usaha mencari titik persamaan tidak seharusnya hanya tertumpu kepada soal mempertahankan kerusi, sebaliknya perlu diperluaskan kepada bidang lain yang boleh mengukuhkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Image from: “Kalau kita teruskan kerajaan ini hingga akhir penggal, terlingkup kita – Veteran UMNO

“Kalau nak kekalkan kerusi, dia (PN) pun nak kekalkan kerusi, akhirnya perpaduan tidak boleh bertaut. Jadi kita kena melihat aspek lain yang boleh kita mengikat ketat-ketat.
“Misalnya, aspek keterjaminan makanan, kita ada tanah yang luas dekat Pahang, Kelantan dan Terengganu. Kita sekarang ini banyak fokus hanya pada kelapa sawit.
“Jadi bayangkan, kalaulah tiba-tiba berlaku perang, di mana keterjaminan makanan kita? Jika kita boleh majukan Pahang, Terengganu dan Kelantan, kita sepakat betul-betul atas nama politik Melayu-Islam, ekonomi kita akan bertambah baik,” jelasnya.

Artikel lain: KJ sifatkan ucapan Zahid sebagai ‘PM in waiting’, sedia UMNO hadapi PRU akan datang

Dalam pada itu, Adam mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) dilaksanakan dalam tempoh terdekat secara berperingkat sebagai usaha membina momentum sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU).

Beliau turut menegaskan keperluan UMNO kembali menguasai pentadbiran negara, sambil menyatakan kesediaan Veteran UMNO untuk turun padang dan membantu parti dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

“Di Johor, pada pengamatan saya daripada 26 kerusi, senang-senang kita boleh menang dalam 20 kerusi. Kita nak pergi Melaka, ia juga akan menjadi biru seperti yang diharapkan oleh Presiden,” tambahnya lagi.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved