
KUALA LUMPUR: Veteran UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah melihat kehadiran Pas pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 sebagai perkembangan positif yang boleh membuka ruang kepada kedua-dua parti untuk kembali merapatkan hubungan.
Beliau berkata, usaha untuk menyatukan semula kekuatan politik Melayu-Islam perlu dilihat secara positif demi kepentingan bersama.
“Bagus. Saya rasa itu bagus. Kita boleh bersatu semula, Insya-Allah. Berkat doa orang ramai,” katanya ketika ditemui selepas Ucapan Dasar Presiden UMNO sempena PAU 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.
Mengulas mengenai bekas pemimpin yang pernah meninggalkan UMNO, Tengku Razaleigh turut mengalu-alukan mereka untuk kembali menyertai parti itu.
Katanya, UMNO memerlukan sebuah keluarga politik yang besar bagi menghadapi pelbagai tanggungjawab dan cabaran yang semakin kompleks.
“Patut masuk baliklah. Kita semua mengalu-alukan mereka masuk balik ke dalam UMNO.
“Kita nak satu keluarga yang besar. Banyak tanggungjawab yang kena kita pikul dan kita perlukan banyak tenaga, buah fikiran yang boleh menyelesaikan masalah-masalah,” katanya. –UTUSAN
The post Ini ruang UMNO, Pas untuk kembali rapat appeared first on Utusan Malaysia.






