“Kalau Nampak Benda Terbang Biarkan”- Wanita Kongsi Pengalaman Seram Pernah Ada Roommate ‘Penanggal’

7 May 2025 • 11:00 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tak dinafikan di dunia ini kita tidak hanya dikelilingi oleh manusia, sebaliknya kita juga hidup dengan makhluk lain seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, termasuklah perkara ghaib yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Meskipun tidak melihat makhluk ini namun kita perlu percaya ia wujud dan merupakan salah satu ciptaan Allah SWT yang telah pun diceritakan dalam al-Quran.

Namun kisah mengenai perkara ghaib contohnya khususnya hantu sering membuatkan orang ramai tertarik untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Malah ada yang sehingga obses apabila keluar mencari untuk melihatnya dengan mata sendiri.

Wanita kongsi pengalaman seram pernah sebilik dengan penanggal

Baru-baru ini, tular satu komen dikongsikan oleh seorang wanita yang dikenali sebagai @nzrh.azhr di TikTok menceritakan mengenai pengalaman seramnya ketika duduk di asrama.

Pada mulanya terdapat seorang pengguna TikTok yang meminta orang ramai untuk menceritakan mengenai pengalaman seram bersama kawan serumah (housemate) atau sebarang kejadian yang tidak boleh dilupakan.

Wanita itu kemudiannya tampil di ruangan komen untuk menceritakan pengalamannya pernah sebilik dengan seorang individu yang dakwanya adalah hantus penanggal sewaktu di asrama.

Awalnya diberitahu untuk buat tak tahu jika nampak benda terbang

Menerusi perkongsian itu wanita berkenaan menyatakan rakannya pernah mengingatkan dirinya untuk membiarkan sahaja jika ternampak sesuatu benda terbang sebelum mengetahui salah seorang dari rakan sebiliknya adalah penanggal.

“Masa tu aku baru masuk asrama masih junior lagi, jadi dapatlah satu bilik ni. Dalam bilik ni kami macam ada 10 orang. Aku ni boleh dikatakan extrovert (ramah) juga memang suka tegur roommate aku ni.

“Nak dijadikan cerita satu senior aku ni bukalah pantang-larang yang ada dalam bilik kami ni, pantang-larang dia yang normal je seperti jangan balik lambat, kalau datang bulan tu selalu jaga dan lain-lain.

“Cuma ada satu pantang-larang ni je lain sikit. Senior ni cakap dekat aku (kalau nampak benda terbang buat tak tahu je) aku ingatkan tentang orang keluar malam, jadi aku okay jelah,” tulisnya.

Mula tahu rakan adalah penanggal ketika semester kedua

Kata wanita itu, dia mula mengetahui bahawa rakannya itu adalah penanggal selepas berlaku satu insiden di mana satu asrama tiada bekalan elektrik ketika di semester kedua.

Jelasnya dia bukanlah seorang yang takut pada kegelapan, dia kemudian terjaga dari tidur sekitar jam 12 pagi untuk ke tandas. Namun semasa perjalanan ke tandas dia terlihat seperti ada seseorang sedang memandangnya.

Menurut wanita itu ada orang seperti melihat ke arah jamban tandas sambil mencangkung dan kepalanya bergerak seperti sedang menjilat sesuatu. Panik dengan situasi itu, wanita kemudiannya terus pulang ke bilik.

“Beberapa minggu kemudian, aku terjaga dari tidur nampak satu kakak ni berdiri dekat langsir (masa tu macam gelap tak ada lampu sebab kami semua tidur tutup lampu jadi nampak malap sahaja).

“Lepas tu ada bunyi pintu bilik macam kena ketuk, terkejut aku masa keluar kepada dan isi terbang pergi ke badan kakak yang dekat langir tu,” ceritanya lagi.

Insiden yang dilihatnya itu telah membuatkan wanita tersebut mengalami demam sehingga seminggu sebelum dia nekad keluar dari asrama berkenaan.

Ramai kongsi mengenai penanggal, kisah wanita raih perhatian

Di ruang komen sama, ada juga yang menjelaskan mengenai penanggal yang dikatakan adalah manusia biasa yang mengamalkan ilmu hitam, dan segelintir menjadi penanggal disebabkan keturunan dan sebagainya. Walau bagaimanapun tidak diketahui sejauh manakah kesahihan perkara itu.

Bukan hanya itu, perkongsian wanita tersebut turut menarik perhatian ramai yang ingin mengetahui kisah mengenai rakan sebiliknya itu lebih lanjut dan juga mengenai penanggal.

Tidak kurang juga ada yang bertanya bagaimana kehidupan rakan sebilik wanita itu sebagai seorang pelajar dan banyak lagi.

“Seramnya penanggal pun nak sambung belajar”

image is not available

“Baru tahu jadi penanggal ni boleh menurun dekat keturunan, walaupun orang tu tak amalkan ilmu hitam…”

image is not available

“Ya Allah takutnya nak masuk universiti nanti”

image is not available

“Peh gila ek. Penanggal yang bagitahu rules. Dia cantik tak? Scary gila cerita awak ni”

image is not available

“Dia tahu lah ya yang dia ni penanggal? Ke tak tahu? Boleh buang ke benda ni?”

image is not available