Tak Suka Seseorang Tanpa Sebab? Pakar Jelaskan Ini 3 Puncanya

Health & FitnessLifestyle
30 Apr 2025 • 12:40 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap manusia sememangnya ingin merasai diri sentiasa disayangi dan disenangi oleh orang sekeliling.

Namun sudah menjadi lumrah, kita tidak dapat memaksa seseorang untuk sentiasa menyukai kita.

Malah kita juga mungkin pernah secara tiba-tiba tidak menyukai seseorang tanpa mengetahui sebabnya.

Pakar jelaskan sebab kenapa tiba-tiba ada individu tak suka seseorang tanpa sebab

Seorang Pakar Kesihatan Mental, Amirul Ramli yang juga Pengasas Mental Kuat Centre telah menjelaskan apakah punca manusia boleh secara tiba-tiba tidak menyukai seseorang.

Jelasnya seseorang sememangnya mempunyai kecenderungan untuk tidak menyukai seseorang tanpa sebab dan perkara itu berlaku tanpa sedar.

Katanya terdapat pelbagai punca mengapa individu berkenaan tidak menyukai seseorang.

“Pertama ton suara, ada orang dia tak suka sangat dengar suara yang kuat sangat ni atau laju sangat bila cakap ataupun terlalu bingit ataupun perlahan sangat. Bila cakap dan tanpa sedar itu mempengaruhi psikologi.

“Sama ada anda rasa selesa ataupun rimas bila bercakap dengan seseorang,” katanya lagi.

Menurut Amirul lagi, punca kedua pula mungkin kerana tidak mempunyai tenaga (energy) di level yang sama.

“Pernah tak anda rasa macam ni, ‘kenapa aku tak boleh masuk ya dengan dia ni’. Boleh jadi energy anda dengan energy dia tak boleh nak sync (sama). Sistem saraf kita ni sensitif dengan vibe orang lain.”

Ada wajah yang mirip dengan individu yang tak disukai

Selain itu, punca ketiga individu itu tidak menyukai seseorang kerana mempunyai wajah yang mirip dengan insan yang tidak disukainya.

Sebagai contoh mempunyai iras yang membuatkan anda teringat kepada seseorang seperti individu yang pernah buli atau pernah sakitkan hati anda.

“Nak tak nak tempias tu ada. Boleh jadi muka, boleh jadi cara bercakap, boleh jadi bahasa badan dia yang anda tak sedar. Bila anda sedar saja, ‘aku tak tahu kenapa, aku tak suka dia’.

“Kalau anda ingat saya pernah kongsi mengenai thalamus, thalamus ini menangkap visual input ni sebelum consciousness (kesedaran) tu datang.”

Ramai kongsi sebab mereka tak suka pada seseorang

Melihat di ruangan komen, ramai yang berkongsi mengapa mereka secara tiba-tiba tidak menyukai seseorang.

Ada yang menyifatkan mereka tak suka seseorang disebabkan tingkah laku individu berkenaan.

“Saya tak suka orang bila bercakap ada unsur riak dan ujub. Saya akan diam dan dengar tapi dalam hati rasa nak larikan diri dari situ”

image is not available

“Saya adalah seorang yang mempunyai sensitiviti tinggi, maksudnya bila saya pandang seseorang 60% saya dapat baca karakter dia dari bahasa badan, cara bercakap dan raut wajah”

image is not available

“Bab energy dalam ni memang wujud ke bang? Sebab ada orang kata dia boleh rasa energy negatif pada seseorang walaupun belum sempat kenal pun”

image is not available

“Ada orang bagitahu kalau kita serasi walaupun baru jumpa bermakna masa alam roh sebelum lahir kita dah biasa bersama. Kalau tak suka tanpa sebab tu memang dari alam roh tu kita menyampah dengan dia”

image is not available