‘Loose’ Tapi Tak Praktikal? Baju Sukan Patuh Syariah Tya Adnan Cetus Pendapat Berbeza – “Aurat Bukan Ikut Trend, Aurat Ikut Tuhan”

LocalHealth & Fitness
30 Jul 2025 • 3:24 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pakaian sukan patuh syariah yang dikeluarkan isteri aktor Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan menjadi bualan netizen di laman sosial Threads sejak semalam.

Baru-baru ini, Tya berkongsi video dirinya bermain sukan pickleball dengan menggayakan pakaian sukan keluarannya dan telah mencuri tumpuan ramai.

Pakaian tersebut telah mencetuskan pendapat berbeza dalam kalangan netizen di mana ada yang menyokong bisnes Tya namun sesetengah individu berpendapat pakaian terlalu longgar boleh mendatangkan bahaya ketika bersukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sigadistya Modest Wear (@sigadistya)

Laman sosial Threads menjadi tempat ramai individu menulis komen mereka tentang pakaian sukan patuh syariah tersebut dan masing-masing mempunyai pendapat sendiri.

Sesetengah netizen mempersoal dan mengkritik pakaian tersebut kerana seperti terikut-ikut budaya Arab sehingga ke bab sukan perlu berpakaian sebegitu.

Kata mereka, pakaian sukan muslimah memang tidak boleh terlalu ketat namun ia juga tidak perlu terlalu baggy kerana tidak praktikal.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Meskipun begitu, sesetengah netizen pula menyebelahi Tya dan mengatakan pemakaian sukan seseorang tidak perlu dijadikan isu asalkan diri sendiri berasa selesa menggayakannya.

Kalau rasa tak sesuai dengan gaya atau keperluan you, tak perlu kecam. Abaikan je. Bermakna kamu bukan taget market dia dan tiada masalah sama sekali.

image is not available image is not available

image is not available

Dalam pada itu, tuan empunya badan juga telah bersuara dan membuat hantaran di Threads berhubung komen-komen diterimanya.

Kata isteri Shukri Yahaya itu, sebagai seorang Muslim tidak perlulah menutup aurat mengikut trend sebaliknya ikutlah apa yang disuruh Allah SWT.

Kalau pakaian yang menutup tubuh dianggap ‘berlebihan’, mungkin hati kita yang kekurangan hidayah.

 

View on Threads

 

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-05-30 11:59:42

"Takyah Try Hard, Suami Kalau Nak Curang Tak Kira Bini Berbungkus Ke Apa" - Netizen Kritik Wanita Kerana Sindir Tya Adnan Berniqab