“Kalau Sampai Sentuh Mak Ayah Kami, Itu Dah Melampau” – Kakak Syida Melvin Dakwa Bekas Adik Ipar Hina Ibu

Entertainment
13 Oct 2026 • 10:21 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Rumusan Artikel

  • Syafiqa Melvin mendakwa bekas adik iparnya menghina ibu mereka.

  • Keluarga Syida sebelum ini memilih untuk tidak mencampuri urusan rumah tangga mereka.

  • Syafiqa mendakwa ibunya turut dipersalahkan atas keretakan rumah tangga Syida.

  • Dia berkata keluarga tidak lagi berdiam diri apabila ibu bapa mereka didakwa turut disentuh.

Kakak kepada pelakon Syida Melvin, Syafiqa Melvin tampil berkongsi tangkap layar yang didakwa memaparkan mesej daripada bekas adik iparnya yang menghina ibu mereka.

Menerusi perkongsian di Threads, Syafiqa berkata keluarga mereka selama ini memilih untuk tidak mencampuri urusan rumah tangga Syida dan bekas suaminya.

Advertisement

Namun, menurutnya, keadaan berubah apabila ibu bapa mereka turut didakwa menjadi sasaran.

syada melvin

“Selama ini apa yang kau buat, kami diam. Sebab itu hal rumah tangga kau dengan adik kami. Tapi kalau sampai sentuh mak ayah kami, itu dah melampau. Bukan sekali ini tau, sejak mereka dalam fasa bercerai, dia dah melebih.”

Dakwa Ibu Dipersalahkan Atas Keretakan Rumah Tangga

Syafiqa turut mendakwa bekas adik iparnya menyalahkan ibu mereka atas keretakan rumah tangganya bersama Syida.

d

Malah, dia mendakwa terdapat perbandingan dari segi latar belakang dan kedudukan kewangan antara kedua-dua keluarga.

“Dia tuduh mak kami yang buatkan mereka bercerai. Dia kata dia kaya, keluarga Syida hanya orang kampung dan miskin.”

Dakwa Ibu Turut Dihina

Menurut Syafiqa, perkara itu menjadi lebih serius apabila bekas adik iparnya didakwa turut mengeluarkan kata-kata menghina terhadap ibu mereka ketika bercakap dengan anak Syida.

“Dan dia dah berani kutuk dan keji mak kami sendiri. Masa call dengan anak Syida, dia tanya ‘hitam mana?’ iaitu mak kami.”

Syafiqa turut menyindir imej individu berkenaan yang menurutnya berbeza daripada apa yang dipaparkan di media sosial.

View this post on Instagram

“Inilah yang anda semua nampak baik di media sosial. Pijak semut pun tak mati.”

Bagaimanapun, segala dakwaan tersebut merupakan kenyataan yang dibuat oleh Syafiqa berdasarkan perkongsian dan tangkap layar yang dimuat naiknya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ibu Syed Saddiq meniup cincin sebelum menyarungkannya, diikuti Syed Saddiq melakukan perkara sama ketika menyarungkan cincin ke jari Bella Astillah.2026-10-12 13:32:45

“Sama Eh Style Mak Dan Anak” – Gelagat Syed Saddiq & Ibu Tiup Sebelum Sarungkan Cincin Curi Perhatian

The post “Kalau Sampai Sentuh Mak Ayah Kami, Itu Dah Melampau” – Kakak Syida Melvin Dakwa Bekas Adik Ipar Hina Ibu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved