“Muka Hensem Tapi Ketiak Busuk” – Pelakon Wanita Dedah Kena Tahan Nafas Berlakon Dengan Aktor Tak Jaga ‘Hygiene’

EntertainmentLifestyle
22 Jul 2025 • 10:50 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan usahawan muda, Harissa Adlynn, mengakui pernah menghadapi situasi kurang selesa semasa sesi penggambaran apabila berpasangan dengan pelakon yang tidak menjaga kebersihan diri.

Harissa, 21, berkata kejadian itu memberi impak kepada atmosfera lokasi penggambaran dan menjadi cabaran besar baginya atas sebab bau badan.

Saya dah berjumpa dengan ramai orang yang tidak menjaga hygiene. Ada saja aktor kacak yang berbau, tapi saya tak akan cakap siapa..

Dia mendedahkan, ketika adegan memerlukan mereka berdempet atau berdiri dekat dalam frame, dia terpaksa mengawal nafas demi mengekalkan mutu lakonan.

Bila berlakon dengan seseorang itu, kadang-kadang positioning in frame kena dekat, bau orang tu tidak menyenangkan jadi saya terpaksa tahan..

Daripada menegur secara terus, Harissa memilih pendekatan tidak langsung, membuka perbualan tentang deodorant atau parfum dengan harapan rakan pelakon mengambil isyarat.

Saya akan buat secara indirectly. Contoh macam cakap pasal perfume, dengan harapan dia dapat hint itu.

Bagi Harissa, menjaga kebersihan tubuh dan mulut adalah sebahagian daripada profesionalisme seorang pelakon, bukan sekadar soal penampilan.

“Saya selalu pesan dekat co‑star, team wardrobe kalau saya ada bau pelik, bau ketiak atau kepam, tolong beritahu … smelling good is important. Itu tanggungjawab kita supaya pasangan pelakon selesa.” ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-07-21 14:51:58

"Baru Je Bakar Abu Jenazah Suami, Dah Sambut Birthday Dengan Kekasih Baru?" – Netizen Kecam Pelakon Wanita ‘Move On’ Terlalu Cepat

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved