“Kalau Sembang, Semua Orang Boleh Sembang” – Jep Sepahtu ‘Upload’ Resit Bayar Zakat Cecah RM300K, Tegas Tidak Pernah Ambil Hak Orang

Entertainment
9 Oct 2026 • 11:45 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Rumusan Artikel

  • Jep Sepahtu berkongsi rekod pembayaran zakat dari 2016 hingga 2025.

  • Jumlah zakat yang dipaparkan adalah antara RM25,000 hingga RM300,000, termasuk RM300,000 pada 2025.

  • Jep menegaskan resit tersebut dikongsi sebagai bukti dan bukan untuk berbangga.

  • Perkongsian itu hadir selepas Jep meluahkan rasa muak terhadap isu persahabatan serta dakwaan penggunaan sentimen tersebut untuk publisiti.

Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila berkongsi bukti pembayaran zakat yang dibuat setiap tahun, termasuk bayaran sebanyak RM300,000 pada 2025.

Jep atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin berkata, perkongsian tersebut dibuat bagi membuktikan pembayaran zakat yang dilakukannya dan bukan bertujuan untuk berbangga dengan jumlah berkenaan.

Advertisement
View this post on Instagram

“Resit ini untuk dibuktikan, bukan dibanggakan. Kalau sembang semua orang boleh sembang. Lagi-lagi sekarang zaman podcast, modal air liur sajalah.”

Menerusi perkongsian itu, Jep turut memaparkan rekod pembayaran zakatnya antara 2016 hingga 2025, dengan jumlah bermula daripada RM25,000 sehingga RM300,000.

Dalam hantaran sama, Jep turut menzahirkan penghargaan kepada sebuah stesen televisyen menerusi program Sepahtu Reunion dan Sinar sepanjang tempoh berkenaan.

View this post on Instagram

Perkongsian tersebut dibuat selepas Jep sebelum ini meluahkan rasa muak terhadap isu membabitkan persahabatan serta meminta seorang individu supaya tidak memainkan sentimen tersebut untuk tujuan pemasaran dan publisiti.

Menerusi hantaran terdahulu di Facebook, Jep memaklumkan bahawa dia sudah membuat permohonan maaf walaupun mendakwa pelbagai perkara telah dilakukan individu berkenaan terhadap dirinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kj2026-10-09 10:57:52

"Kau Tu Rupa Tak Ada, Tak Lawak Mana.." - Netizen Kecam Hantaran Mamat Sepahtu, Enggan Jumpa Sesiapa Susulan Isu Jep

The post “Kalau Sembang, Semua Orang Boleh Sembang” – Jep Sepahtu ‘Upload’ Resit Bayar Zakat Cecah RM300K, Tegas Tidak Pernah Ambil Hak Orang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved