Saiful Apek Titip Nasihat Isu Jep Sepahtu Dan Shuib Undang Perhatian Ramai

Entertainment
9 Oct 2026 • 3:40 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Intipati berita

  • Saiful Apek menitipkan nasihat susulan isu membabitkan Jep Sepahtu dan Shuib yang kembali menjadi perhatian ramai.
  • Beliau mengingatkan agar ego diketepikan sekiranya berlaku perselisihan faham atau perbalahan.
  • Saiful menyamakan ukhuwah seperti tasbih yang mempunyai permulaan tetapi tiada pengakhiran.
  • Beliau menegaskan perselisihan faham tidak sepatutnya menjadi alasan untuk memutuskan silaturahim dan persahabatan yang telah lama terjalin.

Pelawak terkenal, Saiful Apek tampil menitipkan nasihat susulan isu membabitkan Jep Sepahtu dan Shuib yang kembali menjadi perhatian ramai.

Menerusi satu perkongsian di Threads, Saiful membalas satu posting lain telah mengundang perhatian ramai.

Saiful Apek nasihat Jep dan Shuib?

Image from: Saiful Apek Titip Nasihat Isu Jep Sepahtu Dan Shuib Undang Perhatian Ramai

Beliau menegaskan bahawa sekiranya berlaku perselisihan faham, ego seharusnya diketepikan dan bukannya memutuskan hubungan persaudaraan.

Jika kuku mu panjang, potonglah kuku mu. bukan jari mu. Jika rambut mu panjang, potonglah rambut mu, bukan kepala mu.

Jika berlaku perbalahan, buanglah ego mu. bukan SILATURRAHIM mu. Ukhuwah ibarat tasbih, ada permulaan, takkan ada pengakhiran.

Jangan sebab ego, terputus kawan?

Saiful turut menyifatkan ukhuwah atau persaudaraan seperti tasbih yang mempunyai permulaan tetapi tidak mempunyai pengakhiran.

Nasihat itu mengingatkan bahawa perbezaan pendapat dan perselisihan faham tidak sepatutnya menjadi alasan untuk memutuskan hubungan yang sudah lama terjalin.

The post Saiful Apek Titip Nasihat Isu Jep Sepahtu Dan Shuib Undang Perhatian Ramai appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved