Rumusan Artikel
Hantaran Mamat di Threads mencuri perhatian selepas isu melibatkan Jep Sepahtu dan Shuib kembali diperkatakan.
Mamat secara berseloroh berkata dirinya berada di tengah laut dan tidak mahu berjumpa sesiapa.
Jep sebelum ini meluahkan rasa muak apabila isu persahabatan mereka didakwa terus dibangkitkan menerusi podcast.
Jep turut menjelaskan bahawa berdasarkan pemahamannya, urusan pembayaran dibuat secara individu dan bukan untuk kumpulan.
Kenyataan pelawak, Jep Sepahtu, mengenai isu persahabatan masih menjadi perhatian apabila hantaran daripada Mamat pula mencuri perhatian netizen.
Menerusi hantaran di Threads, Mamat secara berseloroh memaklumkan dirinya berada di tengah laut dan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa.

“Semua ok ke tu??? Saya OK je ni dok dalam laut tengah-tengah jerebu-jerebu ni… kalau ada sape-sape tengah cari saya, bagitahu dia saya tak mahu jumpa dia…,” tulisnya.
Hantaran tersebut dikongsikan selepas Jep sebelum ini menyuarakan rasa kurang senang terhadap tindakan Shuib yang didakwa masih menggunakan isu persahabatan mereka sebagai bahan perbincangan menerusi podcast.
Jep yang mengakui sudah memohon maaf atas perkara yang berlaku sebelum ini berkata, dia sudah terlalu muak apabila isu berkenaan terus dibangkitkan secara terbuka.
Dalam kenyataan sama, Jep atau nama lengkapnya, Mohd Nadzri Zainal Abidin, turut menyentuh mengenai sebuah podcast yang didakwa membincangkan isu pembayaran melibatkan kumpulan mereka.
Menurut Jep, berdasarkan pemahamannya, tiada perjanjian pembayaran dibuat untuk kumpulan kerana urusan sebelum ini dilakukan secara individu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Shuib, Sudah-Sudahlah Burukkan Nama Aku" - Jep Sepahtu Bosan Shuib 'Petik' Nama Di Podcast
The post “Kau Tu Rupa Tak Ada, Tak Lawak Mana..” – Netizen Kecam Hantaran Mamat Sepahtu, Enggan Jumpa Sesiapa Susulan Isu Jep first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






