"Kalau Tak Cukup Korum, Kita Standby" - Abby Abadi Sokong Tindakan The Melvins, Minta Jangan Bagi Muka!

11 Nov 2026 • 2:20 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

"Kalau Tak Cukup Korum, Kita Standby" - Abby Abadi Sokong Tindakan The Melvins, Minta Jangan Bagi Muka!

Pelakon, Abby Abadi menyatakan sokongan penuh terhadap adik-beradik, The Melvins susulan isu perbalahan rumah tangga aktres, Syida Melvin dan bekas suaminya, Syafiq Azim.Menerusi perkongsian di Threads, Abby meminta mereka tetap berjuang dan mempertahankan hak untuk mengelakkan sebarang dakwaan yang tidak berasas timbul.Adik beradik The Melvins itu terdiri daripada Syafiqa Melvin, Syatilla Melvin, Syifa Melvin, Syida Melvin dan Malveena Melvin."The Melvins! Kita Sokong! Lawan sekarang! Kalau lambat nanti, orang kata kita tak boleh move on pula. Kemudian, kata kita dengkilah,"tulisnya.Dalam masa sama, dia turut memuji kerjasama adik-beradik terkenal itu dalam melindungi antara satu sana lain, selain menegaskan untuk tidak terlalu berlembut hati dengan individu seperti itu."Jangan bagi muka. Mengalah tiada nilai dengan manusia macam tu. Baguslah korang adik-beradik. Bersatu teguh! Bercerai kita cari lain. Apa-apa bagitahu. Kalau tak cukup korum, kita standby,"katanya lagi.Terdahulu, tular beberapa keratan video siaran langsung TikTok memaparkan Syida meminta Syafiq meninggalkan kediaman berkenaan bagi membolehkannya kembali menetap bersama anak-anak.Dalam rakaman tersebut, Syafiq dilihat meneruskan aktivitinya seperti biasa, termasuk menunaikan solat, ketika Syida menyuarakan rasa tidak puas hati.Bagaimanapun, dakwaan yang dibangkitkan Syida belum mendapat pengesahan dan penjelasan Syafiq berhubung perkara tersebut perlu diperoleh bagi memberikan gambaran yang seimbang.Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya Syida Nur Syifa Assyida Amirol Melvin dan Syafiq dilaporkan bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved