Tular Video Syida & Syafiq, Syifa Melvin Tempelak Individu Anggap Adik-Beradik Tak Perlu Masuk Campur

10 Nov 2026 • 5:00 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Tular Video Syida & Syafiq, Syifa Melvin Tempelak Individu Anggap Adik-Beradik Tak Perlu Masuk Campur

Personaliti media sosial, Syifa Melvin meluahkan rasa kurang senang terhadap individu yang berpendapat adik-beradik tidak sepatutnya masuk campur dalam urusan rumah tangga.Menurut Syifa, sebagai ahli keluarga, mereka mempunyai tanggungjawab untuk melindungi dan memberikan sokongan kepada adik-beradik, terutama apabila melibatkan keselamatan serta kebajikan mereka.“Siapa yang cakap ‘adik-beradik tak payah masuk campur’, kau boleh diam. Kau nak tengok adik aku kena tikam berdarah, kena hempuk dengan orang gila dulu ke baru nak diam?“Kalau adik-beradik kau tak menyokong dan melindungi kau, kau jangan cakap macam ini!” tulisnya.Terdahulu, tular beberapa keratan video siaran langsung TikTok memaparkan Syida meminta Syafiq meninggalkan kediaman berkenaan bagi membolehkannya kembali menetap bersama anak-anak.Dalam rakaman tersebut, Syafiq dilihat meneruskan aktivitinya seperti biasa, termasuk menunaikan solat, ketika Syida menyuarakan rasa tidak puas hati.Bagaimanapun, dakwaan yang dibangkitkan Syida masih belum mendapat pengesahan dan penjelasan daripada Syafiq berhubung perkara tersebut perlu diperoleh bagi memberikan gambaran yang lebih seimbang.Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya Syida Nur Syifa Assyida Amirol Melvin dan Syafiq dilaporkan bercerai talak satu pada 12 Ogos lalu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved