“Kalau Teruskan, Aina Abdul Jadi Ahli Neraka…” -Pempengaruh Tareq Fit

Entertainment
17 Aug 2026 • 1:44 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Persembahan Aina Abdul di Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) terus menjadi bualan netizen selepas konsep pentasnya yang sarat dengan elemen visual berwarna merah dan efek api mencuri perhatian ramai.

Seperti kebiasaannya, Aina tampil dengan persembahan berskala besar menerusi susunan pentas dramatik yang menyaksikan latar visual seakan gunung berapi, percikan api serta pencahayaan merah digunakan sepanjang persembahan.

Advertisement
View this post on Instagram

Bagaimanapun, konsep tersebut menerima pelbagai reaksi di media sosial apabila ada netizen menyamakan visual berkenaan dengan gambaran ‘neraka’.

Seorang pengguna Threads secara berseloroh turut mengaitkan konsep persembahan itu dengan penyertaan Aina ke Eurovision Song Contest Asia.

Penampilan Aina Abdul Turut Jadi Perdebatan

Tidak hanya konsep pentas, penampilan Aina pada malam AJL40 turut menjadi perhatian segelintir pengguna media sosial.

Pempengaruh kesihatan, Tareq Fit meninggalkan komen berbentuk teguran agama dengan mengaitkan pemakaian penyanyi itu dengan gambaran golongan ahli neraka.

Tareq fit

“Nabi Muhammad SAW memberi amaran tentang dua golongan ahli neraka .. Golongan Kedua: Wanita yang Berpakaian tetapi Telanjang Jika cik teruskan dlm dunia , akan menjadi Dalam golongan yg ke2 Subhanallah hiasan neraka yg cik buat mungkin akan menjadi benar , Allah SWT yg akan izinkan tapi berhati hati dah ada amaran ..”

Komen tersebut mencetuskan perdebatan apabila ada yang melihatnya sebagai teguran, manakala konsep visual persembahan tersebut pula sebenarnya merupakan sebahagian daripada persembahan artistik di atas pentas dan tidak semestinya membawa maksud seperti yang ditafsirkan sesetengah netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Kalau Teruskan, Aina Abdul Jadi Ahli Neraka…” -Pempengaruh Tareq Fit2026-08-17 12:27:30

"Saya Mohon Ampun Dan Maaf.." - Shila Amzah

The post “Kalau Teruskan, Aina Abdul Jadi Ahli Neraka…” -Pempengaruh Tareq Fit first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved