
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Setiap pengguna jalan raya seringkali diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Ia penting bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.
Namun, ada segelintir pengguna yang dilihat mengabaikan perkara tersebut dan memilih untuk mementingkan diri hingga menyusahkan orang lain.
Lebih teruk, tindakan mereka itu boleh membawa kepada keadaan seperti kemalangan jalan raya atau merosakkan harta benda.
Lori Treler Buat Pusingan U Di Tempat Tidak Sepatutnya Hingga Langgar Kereta Lain
Semalam (29 September), tular di media sosial tindakan seorang pemandu lori yang cuba membuat pusingan U (u-turn) di kawasan yang tidak sepatutnya.
Manakan tidak, terdapat tanda dilarang membuat pusingan U pada jalan yang dilalui oleh lori berkenaan.
Menerusi video rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial, kelihatan lori tersebut pada mulanya memberi isyarat kononnya sebagai tanda mahu membelok ke kanan. Namun, isyarat itu rupanya tanda dia mahu membuat pusingan U.
Apa yang menjadi perhatian adalah saiz lori treler yang besar dan panjang menyukarkan pemandu lori untuk membuat pusingan di kawasan tersebut apatah lagi, terdapat beberapa kereta yang turut diparkir pada bahu jalan.
Cubaan pemandu lori meneruskan niatnya untuk membuat u-turn menyebabkan bahagian belakang kontena yang dibawa melanggar sebuah kereta Proton Saga yang diletakkan pada bahu jalan.
Pemandu Lori Tak Jadi U-Turn, Teruskan Perjalanan Seperti Biasa
Menyedari bahawa dia tidak akan berjaya membuat pusingan berkenaan selepas ‘bergelut’ beberapa minit, lori itu kemudiannya dilihat mengundur dan meneruskan perjalanan.
Namun, kereta Proton Saga itu dilihat kemek pada bahagian pintu belakang pemandu akibat perlanggaran tersebut.
Berdasarkan rakaman pada dashcam, kejadian dipercayai berlaku pada 29 September kira-kira jam 3.21 petang.
Memetik seorang pengguna di Grup Facebook DashCam Owners Malaysia, kejadian dipercayai berlaku di Jalan Hospital Sungai Buloh.
Ramai Bengang Lihat Lori Tetap Nak U-Turn Hingga Susahkan Pengguna Lain
Video yang telah mendapat lebih 31,000 tontonan dan turut dikongsikan di Facebook itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang marah dan bengang dengan sikap pentingkan diri pemandu lori terbabit hingga menyusahkan pengguna lain apatah lagi dia telah melanggar dan merosakkan sebuah kereta jenis Proton Saga yang terdapat di kawasan berkenaan.
Malah, ada yang mempersoal tindakannya yang tetap mahu membuat pusingan U di kawasan tersebut sedangkan tindakan sebegitu adalah dilarang.
Pada masa yang sama, ada segelintir pengguna media sosial berpendapat kereta yang diletakkan pada bahu jalan juga adalah salah kerana ia bukanlah lokasi yang dikhaskan untuk parkir.
Letak Kenderaan Di Bahu Jalan & Buat Pusingan-U Di Kawasan Yang Tidak Dibenarkan Adalah Satu Kesalahan
Tahukah anda, tindakan meletakkan kenderaan di bahu jalan serta membuat pusingan U di kawasan yang tidak sepatutnya adalah satu kesalahan.
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu hantaran di Facebook, pusingan U hanya boleh dibuat di kawasan yang mempunyai papan tanda pusingan U dan tidak dibenarkan di kawasan tertentu seperti selekoh, hadapan sekolah dan dalam terowong.
Individu yang membuat pusingan U di kawasan yang tidak mempamerkan papan tanda pusingan U adalah melakukan kesalahan di bawah Kaedah-kaedah Lalu Lintas 166/59 (Kaedah 13) dan boleh dikenakan denda tidak lebih RM300.
SEMBANG TRAFIK PUSINGAN-U Pusingan-U adalah perbuatan pemandu membuat pusingan 180 darjah bagi berpatah balik ke…
Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Wednesday 2 December 2015
Bagi kesalahan meletakkan kenderaan di bahu jalan pula, individu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika didapati bersalah, individu boleh dikenakan denda RM300.
Aduh tak sayang kereta ke bang? Kesalahan meletak kenderaan di bahu jalan adalah kesalahan dibawah Sek 48 APJ 1987. Boleh dikenakan denda RM300 bagi satu kesalahan.
Posted by JUMPA KAT MAHKAMAH COMMUNITY – JKMC on Saturday 11 February 2023
Ini antara komen menarik pengguna media sosial:
“Kalau Tak De Proton Saga Dekat Situ, Lori Tu Tetap Salah Sebab U Turn, Geram Betul”

“Kalau Tiada Kereta, Lori Tetap Salah. U-Turn Tempat Yang Tak Boleh U-Turn, Kau Dah La Panjang”

“Kesian Saga, Nanti Nak Claim Dekat Company Lori Pun Tak Dapat Sebab Parking Bahu Jalan”

“Kalau Lihat Pada Undang-Undang, Dua-Dua Salah. Parkir Bahu Jalan Salah, Treler Panjang U Turn Pun Salah”

“Parkir Bahu Jalan Memang Salah, Masalahnya Situ Tak Boleh U Turn, Bukan Untuk Kenderaan Berat Je, Papan Tanda Tu Untuk Semua Jenis Kenderaan”

“Dua-Dua Salah, Satu Parkir Tempat Bukan Kotak Parkir, Lori Salah Sebab U Turn Walhal Dah Ada Papan Tanda Dilarang U Turn”

Baca Artikel Berkaitan: “Nak Pergi Mana Sebenarnya?” – Pemandu Selamba Buat U-Turn Hingga Sebabkan Kemalangan Undang Kecaman [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Rider Nyaris Kemalangan Gara-Gara Pemandu Lori Selamba Buat Pusingan U Haram Buat Netizen Berang [Video]
Source:



![“Laku Betul!” – Gerai Nasi Lemak Di Karnival Nanjing China Diserbu Pengunjung Raih Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)
