Kali Ini Jual ‘Rumah Hantu’ Pula, Ejen Rumah Di Kuching Ini Sekali Lagi Jadi Tumpuan Ramai

25 Feb 2023 • 11:12 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Ini rancangan paranormal ke jual beli aset?” – netizen

Kali Ini Jual ‘Rumah Hantu’ Pula, Ejen Rumah Di Kuching Ini Sekali Lagi Jadi Tumpuan Ramai. Sebelum ini pernah tular seorang agent di Kuching ini menjual rumah dengan harga yang tidak setara dengan keadaan rumah.

Sekali lagi, ejen ini menarik perhatian ramai apabila salah sebuah rumah yang dijualnya telah dikurangkan dari harga RM270K kepada RM168K dan boleh dirunding lagi. Walaupun harga sudah dikira agak murah berbanding harga rumah lain, tetapi apa yang menjadi perhatian netizen adalah keadaan rumah tersebut.

image is not available
Kali Ini Jual ‘Rumah Hantu’ Pula, Ejen Rumah Di Kuching Ini Sekali Lagi Jadi Tumpuan Ramai

Bukan hanya rosak teruk, kawasan perkarangan rumah tersebut turut dipenuhi sampah

Namun, iklan tersebut mendapat kecaman hebat daripada netizen yang merasakan bahawa keadaan rumah rosak teruk. Bahkan netizen juga menyamakan keadaan rumah tersebut seperti rumah hantu

Terletak di kawasan Sukma, gambar-gambar rumah yang diiklankan menunjukkan keadaan rumah yang agak uzur dan bersepah serta berdebu dan dipenuhi dengan sarang labah-labah menjadi bualan ramai.

image is not available
Sumber: Facebook

Pemilik rumah enggan membaiki keadaan rumah

Namun demikian, jelas ejen rumah menerusi laman Facebooknya bahawa dia telah berbincang dengan pemilik rumah bahkan memberi cadangan kepadanya untuk membaiki keadaan rumahnya dahulu dan menjual harga yang lebih baik akan tetapi, pemilik rumah tersebut menolak.

Selepas satu minggu perbincangan dengan Encik penjual. Akhirnya dia bersetuju untuk menjual dengan harga rm168k dan bukannya rm270k. Mencadangkan dia untuk membaiki dahulu dan menjual dengan harga yang lebih baik tetapi dia menolak. Jadi kami menghormati keputusannya.”

ejen rumah

Menurut iklan tersebut, rumah tersebut memiliki luas tanah 3.29 pts dijual pada harga RM168K dan boleh dirunding lagi.

image is not available
Sumber: Facebook

Sebelum ini pernah tular rumah dijual persis ‘reban ayam’. Baca lagi artikel di sini: