“Kali Ni Berilah Peluang Dia Nak Bermesra” – Aliff Syukri Mohon Netizen Bagi Ruang Pada Bonda Rozita Nak Bermanja Dengan Suami

EntertainmentLifestyle
29 May 2025 • 3:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, nama ibunya terpalit dengan kontroversi serta menjadi sebutan di media sosial dan akhirnya usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri memberi sepatah dua kata tentang personaliti Bonda Rozita.

Menerusi TikTok, Aliff Syukri berkata sifat manja bondanya itu sudah sebati dalam diri wanita tersebut dan bukanlah sesuatu yang aneh atau dibuat-buat.

Usahawan berusia 38 tahun itu menyifatkan ibunya sebagai wanita yang sangat mesra dan cantik luaran dan juga dalaman.

Sebenarnya dia memang seorang yang romantik dan manja, lebih-lebih lagi sekarang memiliki suami yang melayan dirinya. Jadi, saya tak terkejut pun sebab memang tahu perangai dia begitu.

image is not available

Aliff juga turut memohon agar orang ramai tidak terlalu menghukum dan memberi ruang kepada Bonda Rozita untuk menjalani kehidupan sebagai seorang isteri dengan bahagia.

Bukan itu sahaja, suami Datin Shahida itu juga meminta agar netizen tidak terus menerus membandingkan perkahwinan Bonda Rozita yang sekarang dengan sebelum ini.

Kali ni berilah peluang sikit pada bonda untuk bermesra. Janganlah asyik membanding-bandingkan bekas suami bonda dengan Abang Amin (suami terkini) sebab masing-masing ada karakter berbeza-beza.

image is not available

Mungkin suami sebelum ini bukan jenis melayan dan tak suka berada di depan kamera. Kita doa yang terbaik sahaja dan biarlah dia nak buat siaran langsung. Mungkin nak tunjuk juga suami dia, tak salah pun ingin manja-manja.

image is not available 1 month ago

"Bernikah Waktu Gaji Saya Hanya RM1,800" - Datuk Aliff Syukri Imbau Perjalanan Hidup Bersama Datin Shahida Buat Netizen Sebak