Kali Pertama Naik Kapal Terbang Dengan Anak? Ini Tips Mudah Elak Si Kecil Meragam [Video]

Family & ParentingLifestyle
24 Nov 2026 • 5:49 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kapal terbang merupakan antara pengangkutan yang sering menjadi pilihan ramai khususnya jika destinasi yang dituju mengambil masa perjalanan berjam-jam lamanya.

Buat mereka yang mempunyai anak kecil, sudah pasti timbul rasa bimbang dan cemas membawa cahaya mata tersayang menaiki kapal terbang.

Jika tidak kena moodnya, pasti si kecil akan meragam sekaligus dibimbangi mengganggu penumpang yang lain.

Tips Bawa Anak Kecil Naik Kapal Terbang

Buat ibu bapa terutamanya yang kali pertama membawa anak kecil, jom kami kongsikan tips mudah untuk elak anak menjadi cranky apabila naik pesawat.

#1 Ambil Tiket Penerbangan Waktu Malam

Jika boleh dan tiada halangan lain, cuba tempah penerbangan pada waktu malam.

Ini kerana waktu malam diketahui merupakan waktu tidur seseorang termasuk bayi dan kanak-kanak.

Pengambilan penerbangan pada waktu malam membolehkan si manja tidur lena sepanjang perjalanan.

Keadaan ini sekaligus membuatkan anda tenang dan tak perlu risau dengan mood mereka.

Image from: Kali Pertama Naik Kapal Terbang Dengan Anak? Ini Tips Mudah Elak Si Kecil Meragam [Video]

#2 Pilih Tempat Duduk Yang Sesuai Untuk Keselesaan

Kalau tak kisah tentang bajet, pilih posisi atau kedudukan tempat duduk yang sesuai buat anda sekeluarga.

Ia penting agar si kecil rasa selepas sepanjang perjalanan lebih-lebih lagi jika tempoh perjalanan itu mengambil masa yang panjang.

Menurut doktor selebriti, Dr Say Shazril dalam satu video di TikTok, tempat duduk tepi tingkap adalah kedudukan yang sesuai buat ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Ini kerana ia boleh menjadi ‘hiburan’ ketika si manja apabila mereka sudah mula berasa bosan.

Pilih juga tempat duduk di hadapan atau yang berhampiran dengan tandas bagi memudahkan pergerakan keluar masuk.

Image from: Kali Pertama Naik Kapal Terbang Dengan Anak? Ini Tips Mudah Elak Si Kecil Meragam [Video]

#3 Asingkan Siap-Siap Barang Keperluan Dalam Satu Beg Galas

Asingkan siap-siap barang keperluan dalam satu beg galas untuk dibawa masuk ke dalam kapal terbang juga menjadi tips yang patut anda ikuti.

Sudah namapun budak-budak, mood mereka ni kadangkala tak boleh nak dijangka. Kejap okay, kejap moody.

Jadi nak mudah, letakkan barang keperluan seperti serbuk susu, lampin, tisu basah, baju ekstra dan permainan kegemaran mereka dalam satu beg.

Bila si manja sudah mula tunjuk tanda kurang senang dan tidak selesa, anda boleh terus mencapai beg tersebut dengan pantas sebelum mengeluarkan barang yang sepatutnya.

Image from: Kali Pertama Naik Kapal Terbang Dengan Anak? Ini Tips Mudah Elak Si Kecil Meragam [Video]

#4 Luangkan Lebih Banyak Masa Dengan Anak Sebelum Masuk Pesawat

Sudah menjadi kelaziman, setiap penumpang perlu hadir dan daftar masuk (check-in) lebih awal dari waktu penerbangan yang ditetapkan.

Waktu inilah yang seharusnya digunakan oleh ibu bapa untuk melayan dan bermain dengan anak anda.

Biarkan mereka bermain sepuasnya sehingga penat. Tempoh ‘emas’ ini juga boleh digunakan oleh ibu bapa untuk melayan dan menyiapkan si kecil seperti tukar lampin atau beri makan agar mereka rasa selesa.

Bila sudah penat, pastinya mereka akan tidur dan rehat sepanjang perjalanan.

#5 Jadi Yang Terakhir Masuk Ke Dalam Pesawat

Kebiasaannya, kebanyakan syarikat penerbangan akan mengutamakan penumpang warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) serta ibu bapa yang membawa anak kecil untuk masuk ke dalam pesawat terlebih dahulu.

Menurut pengamal perubatan Dr Adli Hidayat dalam satu video di TikTok, adalah lebih mudah jika anda menjadi orang terakhir yang masuk ke dalam kapal terbang.

Ini kerana masuk lebih awal dalam badan pesawat boleh menyebabkan bayi atau anak kecil rasa tidak selesa apatah lagi suasana yang sempit ditambah pula terpaksa menunggu lebih lama.

Oleh itu, jadi orang yang terakhir masuk ke dalam pesawat supaya si comel tidak berasa rimas.

#6 Sediakan Barang Sesuai Ketika Berlepas Untuk Elak Tekanan Di Telinga

Kadangkala, waktu berlepas boleh menyebabkan bayi atau anak kecil rasa tidak selesa dan menangis dek kerana tekanan yang kuat di telinga.

Anda tak perlu panik. Cara mudah untuk mengatasi si manja dari rasa tidak selesa adalah dengan memberi minum susu atau puting kosong (pacifier) bagi mengurangkan rasa tidak selesa itu.

Jika anak anda bukan bayi dan telah berumur 3 tahun atas, minta mereka untuk minum air, menghisap gula-gula atau mengunyah sesuatu bagi mengelakkan tekanan di telinga.

Jangan lupa, sediakan earmuff (pelindung telinga) bagi mengelakkan bunyi bising dan membuatkan mereka rasa tidak selesa.

Image from: Kali Pertama Naik Kapal Terbang Dengan Anak? Ini Tips Mudah Elak Si Kecil Meragam [Video]

#7 Layan Si Manja Ketika Perjalanan

Sepanjang berada di udara, beri 100% tumpuan kepada si manja. Jika boleh, layankan sahaja kehendak mereka.

Menurut Dr Say, langkah itu lebih berbaloi sekaligus memudahkan ibu bapa untuk simpan tenaga sebaik tiba ke destinasi.

“Layankan je kalau anak-anak nak Ipad ke, nak makan candy ke. It’s just a few hours of flight, not worth the ‘perang’,” tulisnya.

Jadi buat anda yang risau nak terbang buat pertama kali bersama anak kecil, jangan risau.

Ikut sahaja tujuh tips di atas dan terbang dengan tenang bersama si manja.

Baca Artikel Berkaitan: Insiden Gelora Udara: Lelaki Ini Kongsi 3 Nasihat Berguna Buat Penumpang Kapal Terbang

Baca Artikel Berkaitan: Rupanya Setiap KOC Ada Kelebihan, Wanita Kongsi Tips Pilih Tempat Duduk Dalam ETS

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved