Kamarudin masih kekal sebagai Exco Kelantan

LocalPolitics
7 Oct 2026 • 2:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kamarudin masih kekal sebagai Exco Kelantan

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan memberi jaminan bahawa kedudukan wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan dalam barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) masih kekal buat masa ini.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas, Datuk Kamarudin Md. Nor yang juga Pengerusi Bersatu Kelantan tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan.

Katanya, sehingga kini Kamarudin yang memegang portfolio Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan masih kekal menjalankan fungsi serta tanggungjawabnya dalam pentadbiran kerajaan negeri. 

“Isu berkenaan (kedudukan Kamarudin) tidak pernah dibangkit atau dibincangkan dalam Mesyuarat Exco sehingga kini. Maksudnya kedudukan beliau masih kekal dan hari inipun beliau hadir mesyuarat,” katanya selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Beliau berkata, sebarang pembayang diberikan oleh mana-mana ahli politik berkaitan isu itu susulan tindakan penggantungan terhadap Perikatan Nasional (PN) oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS), tidak mempengaruhi urusan pentadbiran kerajaan negeri.

“Sehingga hari ini di peringkat kerajaan negeri, beliau masih lagi Exco dan segala urusan pentadbiran berjalan lancer. Namun di masa-masa hadapan kita tidak tahulah,” ujarnya.

Pada 27 September lalu,  Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengingatkan Bersatu juga mempunyai wakil dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah ketika mengulas isu penggantungan semua aktiviti PN oleh RoS.

Takiyuddinberkata, sama ada tindakan RoS itu membolehkan hasrat Bersatu tercapai atau sebaliknya perlu ditanya sendiri kepada parti berkenaan tetapi perlu ingat Bersatu juga berada dalam kerajaan di tiga negeri bawah pentadbiran Pas. – UTUSAN

 

The post Kamarudin masih kekal sebagai Exco Kelantan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved