“Kami Akan Jadi Payung Awak..” – Byun Wooseok Menangis, Terharu Dengan Layanan Baik Peminat

Music
10 Jun 2024 • 12:11 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Byun Woo-seok telah mengadakan konsert perjumpaan peminat di Taiwan. Di mana, pelakon itu telah menyanyikan beberapa buah lagu OST “Lovely Runner” termasuk “Sudden Shower”.

Dalam konsert itu juga, Byun Woo-seok telah menerima pelbagai kejutan termasuk kek istimewa dan poster buatan peminat. Malah, peminat yang hadir turut menyanyikan lagu “Run Run” buat pelakon itu.

Perkara ini sekaligus telah membuatkan Byun Woo-seok berasa terharu dan menangis.

Video reaksi pelakon “Lovely Runner” itu kemudiannya telah tular dan menjadi bualan netizen di media sosial.

Komen mereka,

  • Saya rasa macam nak lindungi dia sepanjang masa..
  • Saya menangis tengok video ini kerana saya bahagia sangat untuknya.
  • Saya harap Byun Woo-seok akan kekal bahagia.
  • Saya suka lihat lelaki yang tidak malu untuk tunjukkan emosinya.
  • Saya harap selepas ini dia akan dapat banyak lagi kasih sayang dari peminat.

Sementara itu, Byun Woo-seok akan meneruskan lagi konsert perjumpaan peminatnya di beberapa buah tempat termasuk Singapura, Bangkok dan Jakarta.

Kita pun jadi nak ikut serta nangis lepas tengok video Byun Woo-seok..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.