“Kami Akan Sentiasa Jadi Sahabat Baik Selamanya” – Nadiyah Shahab

EntertainmentLifestyle
21 Jan 2025 • 4:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan usahawan jelita, Nadiyah Shahab tampil menjawab dakwaan mengenai spekulasi rumah tangga bergolak bersama suami, Ben Ali.

Kata Nadiyah, rumah tangga mereka sememangnya sama seperti orang lain yang turut berdepan dengan ujian dan dugaan.

Berikutan itu, dia berharap agar hubungan suami isteri antara dirinya dan Ben kekal hingga ke akhir hayat.

Macam pasangan lain, kami juga ada fasa naik dan turun. Kita tak tahu jodoh tu bagaimana, tetapi Insya-Allah, kami berharap jodoh kami pun untuk selamanya.

Maklum Nadiyah lagi, dia dan Ben akan kekal sebagai sahabat baik walaupun apa yang terjadi.

Apa yang saya boleh cakap, kami akan sentiasa jadi sahabat baik walau apa pun yang terjadi, selamanya. He always be my best friend. No matter what happen to us.

Sebelum ini, Ben menafikan khabar angin yang mengatakan rumah tangganya sedang dilanda badai kerana hubungan mereka baik-baik sahaja.

Saya percaya, pasangan yang bukan artis ada pasang surut dalam perkahwinan. Apa yang berbezanya adalah kami artis dan sentiasa menjadi tumpuan.

Tak ada perkara yang hendak dibesarkan. Kami baik-baik sahaja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 23 hours ago

Ben Ali Nafi Perkahwinan Dengan Nadiyah Shahab Kini Bergolak - "Doakan Yang Baik-Baik"