“Kami belanja awak!” – Syafiq Kyle prihatin nasib peminat kemalangan sebelum tonton BAGA, tawar tiket baru

EntertainmentMovie
9 Nov 2026 • 1:21 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Syafiq Kyle bermurah hati menawarkan untuk membayar semula wang tiket pawagam kepada seorang individu yang terlepas menonton filem Baga: Esok Untuk Siapa selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bersama empat individu lain.

Menerusi satu komen balas di platform Threads, isteri kepada Syafiq yang juga pelakon, Mimi Lana memaklumkan suaminya turut bersedia membelikan tiket baharu sekiranya individu berkenaan masih berhasrat menonton filem tersebut.

“Salam awak. Syafiq cakap dia nak mintak bayar balik duit ticket awak.. lepas tu kalau awak nak beli tiket baru. Nanti pun kami belanja awak! Good to know awak semua dalam keadaan ok,” tulisnya.

Image from: “Kami belanja awak!” – Syafiq Kyle prihatin nasib peminat kemalangan sebelum tonton BAGA, tawar tiket baru

Terdahulu, seorang pengguna Threads, @wnrizzatiakmal.__, berkongsi kejadian kemalangan yang menyebabkan hasratnya bersama empat individu lain untuk menonton filem berkenaan tidak kesampaian.

Menerusi hantaran tersebut, individu terbabit memuat naik beberapa keping gambar memperlihatkan sebuah kereta berwarna kelabu mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan selepas melanggar sebatang pokok.

Image from: “Kami belanja awak!” – Syafiq Kyle prihatin nasib peminat kemalangan sebelum tonton BAGA, tawar tiket baru

Bagaimanapun, kesemua lima individu dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan meskipun kenderaan dinaiki mengalami kerosakan teruk.

“Nak tengok cerita BAGA tak kesampaian, sebabnya orang dalam kereta bagaaaa dulu. Alhamdulillah 5 orang luka ringan sahaja, cuma kereta lost,” tulisnya.

Image from: “Kami belanja awak!” – Syafiq Kyle prihatin nasib peminat kemalangan sebelum tonton BAGA, tawar tiket baru

Berdasarkan tiket yang dikongsikan, mereka dijadualkan menonton filem Baga: Esok Untuk Siapa di Mesra Mall pada 8 November, jam 11.30 pagi.

Image from: “Kami belanja awak!” – Syafiq Kyle prihatin nasib peminat kemalangan sebelum tonton BAGA, tawar tiket baru

Dalam pada itu, Mimi Lana turut meminta individu berkenaan menghubunginya menerusi mesej peribadi bagi urusan lanjut berhubung tawaran tersebut.

Sumber: Threads wnrizzatiakmal.__

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved