
Hasrat seorang individu untuk menonton filem terbaharu, BAGA: Esok Untuk Siapa tidak kesampaian selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika dalam perjalan menonton filem tersebut di pawagam.Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut memaklumkan bahawa dia dan empat lagi individu yang berada di dalam kenderaan hanya mengalami kecederaan ringan. Walau bagaimanapun, kereta yang dinaiki mengalami kerosakan teruk.“Nak tengok cerita BAGA tapi gak kesampaian, sebabnya hok dalam kreta tuu ‘baga’ dulu.“Alhamdulillah lima orang luka ringan sahaja, cuma kereta total lost,” tulisnya.Perkongsian tersebut kemudiannya menarik perhatian pelakon yang juga isteri kepada Syafiq Kyle iaitu Mimi Lana yang tampil memberikan respons.Menjengah ke ruangan komen, Mimi memaklumkan bahawa Syafiq mahu menggantikan semula wang tiket yang telah dibeli individu tersebut.Malah, Mimi memaklumkan dia dan Syafiq juga sedia membelikan individu tersebut tiket yang baharu.“Salam awak. Syafiq cakap dia nak mintak bayar balik duit ticket awak.“Lepas tu kalau awak nak beli ticket Baru Nanti pun kami belanja awak! Good to know awak semua dalam keadaan okay. Tengok DM PLEASEEEE!” tulisnya.Filem Baga: Esok Untuk Siapa diterbitkan oleh Indigo Films dan Skop Productions membariskan pelakon Amir Ahnaf, Amirah Razak, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.Mengisahkan dua jiwa muda yang tersepit antara cinta, impian dan kehidupan yang semakin menghimpit.Berlatar kehidupan masyarakat kampung yang konservatif, filem ini turut menyentuh isu kemiskinan, tradisi dan pilihan yang membawa kesan besar.Sumber: Threads






