“Kami Juga Ada Anak-Anak Dan Cucu-Cucu Lain”- Yusof Haslam Reda Syamsul Tak Balik Rumah

13 May 2024 • 12:31 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pengarah dan penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam reda dengan keputusan anaknya, Syamsul Yusof yang tidak mahu berjumpa dan balik ke rumah.

Menurut laporan mStar, Datuk Yusof Haslam berkata dia dan isteri buat masa sekarang ini hanya mampu mendoakan kesejahteraan anaknya sahaja.

Dia juga menyatakan akan lebih fokus untuk mendekatkan diri pada Allah dan menikmati hari-hari dengan keluarganya.

Kami juga ada anak-anak dan cucu-cucu lain.

Kami sekarang ini sudah tahap reda. Kami tak pernah buang dia dan pastinya sentiasa merindui dan menyayanginya.

image is not available

Pasangan ini juga mengatakan walaupun pada awalnya terluka apabila Syamsul tidak pulang ke rumah namun mereka tidak menyimpan rasa benci terhadap anaknya.

Kenapa nak beratkan otak fikir pasal ini? Walau apa yang berlaku, saya tak pernah ada perasaan benci.

Yusof Haslam juga menjelaskan dia akan sentiasa menyokong karya yang dikeluarkan oleh anaknya itu.

Bagus ada ibu bapa yang memahami macam ni. Sama-sama kita doakan supaya Syamsul Yusof balik ke rumah dan jumpa ibu bapanya.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.