'Kami okay di sini cuma talian tak kuat sangat’ – Pendaki Malaysia di Nepal

27 Aug 2026 • 3:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Kami okay di sini cuma talian tak kuat sangat’ – Pendaki Malaysia di Nepal
Lelaki yang menggunakan nama akaun ‘zlmifirl' turut berkongsi sekeping gambar terbaharu dirinya yang kelihatan dalam keadaan sihat.
Image from: 'Kami okay di sini cuma talian tak kuat sangat’ – Pendaki Malaysia di Nepal
Tanda tanya mengenai keadaan seorang rakyat Malaysia yang gagal dihubungi ketika menyertai ekspedisi pendakian ke Annapurna susulan bencana banjir kilat buruk di Nepal akhirnya terjawab
Image from: 'Kami okay di sini cuma talian tak kuat sangat’ – Pendaki Malaysia di Nepal
Sebuah rumah kelihatan separuh tenggelam dalam air berlumpur selepas kejadian banjir kilat di Trishuli Bazar, daerah Nuwakot, Nepal. Foto AFP
Image from: 'Kami okay di sini cuma talian tak kuat sangat’ – Pendaki Malaysia di Nepal
Pemandangan udara menunjukkan rumah-rumah ditenggelami lumpur susulan banjir kilat di Devighat, Perbandaran Bidur, daerah Nuwakot, Nepal. Foto AFP

SHAH ALAM – Tanda tanya mengenai keadaan seorang rakyat Malaysia yang gagal dihubungi ketika menyertai ekspedisi pendakian ke Annapurna susulan bencana banjir kilat buruk di Nepal akhirnya terjawab apabila lelaki berkenaan memaklumkan dirinya selamat.

Menerusi hantaran tular di Threads pada Khamis, lelaki yang menggunakan nama akaun ‘zlmifirl’ memaklumkan masalah capaian talian di kawasan kem induk atau ‘base camp’ menjadi punca dia sukar dihubungi.

“Kami okay sahaja di sini, talian tak kuat sangat di ‘base camp’ ini,” katanya ringkas.

Lelaki berkenaan turut berkongsi sekeping gambar terbaharu dirinya yang kelihatan dalam keadaan sihat.

Kakak lelaki itu pada Rabu meminta orang ramai mendoakan keselamatan adiknya itu selepas gagal menghubunginya ketika banjir melanda Nepal.

Menerusi hantaran di Threads, wanita tersebut yang menggunakan nama akaun ‘isfarrina’ berkata, adiknya menyertai ekspedisi pendakian ke Annapurna, namun dia tidak mengetahui agensi pelancongan yang mengendalikan perjalanan berkenaan.

Tiada siapa gembira apabila didakwa – Peguam Ismail Sabri

“Doakan adik saya yang berada di Nepal sekarang selamat. Saya memang tak tahu dia pergi dengan agensi pelancongan apa, dia sertai ‘trip’ ke Annapurna.

“Tapi alhamdulillah, saya dah hubungi kedutaan di sana dan nama dia memang tiada dalam senarai hilang, cuma sampai sekarang masih tak dapat dihubungi sebab di sana memang talian tengah bermasalah,” katanya pada Rabu.

Wanita itu turut berkongsi gambar adiknya ketika berada di kawasan pergunungan selain tangkap layar aplikasi penjejakan lokasi yang dipercayai menunjukkan kedudukan terakhir lelaki berkenaan.

Terdahulu, lebih 1,300 mangsa dilaporkan hilang manakala sekurang-kurangnya 165 maut susulan banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan sempadan Nepal-Tibet.

Agensi pengurusan bencana Nepal memaklumkan, 823 orang masih belum dapat dikesan termasuk sekurang-kurangnya 579 pelancong Nepal dan warga asing.

Wisma Putra pula mengesahkan angka rakyat Malaysia yang gagal dihubungi susulan banjir besar itu terus meningkat kepada 55 orang.

Jumlah berkenaan berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada ahli keluarga, agensi pelancongan dan sumber lain berkaitan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved