'Kami pulang dengan rasa bangga'

18 Dec 2022 • 10:47 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Maghribi menampilkan persembahan cemerlang sepanjang Piala Dunia Qatar 2022.

MAGHRIBI tidak seharusnya rasa kecewa walaupun gagal mengakhiri saingan Piala Dunia Qatar 2022 di tempat ketiga selepas tewas kepada Croatia 1-2 dalam perlawanan penentuan di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Sabtu.

Pertahanan The Atlas Lions, Achraf Hakimi berkata, pasukan itu sudah mencipta satu sejarah sekali gus meletakkan pasukan sebaris dengan pasukan hebat dunia yang lain.

"Kami mahu mendapat tempat ketiga untuk memberi kegembiraan kepada peminat kami selepas perjalanan hebat yang kami lakukan seperti mara ke separuh akhir dan bermain di tempat ketiga dan keempat.

"Kami perlu gembira dan bangga. Kami tidak dapat memberikan kemenangan terakhir ini, tetapi kami pulang dengan rasa bangga," katanya.

Dalam perlawanan itu, Croatia mendahului menerusi Josko Gvardiol pada minit ketujuh sebelum Maghribi mengikat kedudukan dua minit kemudian melalui Achraf Dari.

Mislav Orsic memastikan kemenangan buat finalis 2018 itu melalui jaringan lencong menarik pada minit ke-42.

Dalam pada itu, Hakimi menegaskan perjalanan cemerlang pasukannya itu bukan sahaja untuk kebanggaan rakyat Maghribi tetapi juga kepada benua Afrika.

"Ini bukan sahaja untuk Maghribi, ia dari benua dan seluruh negara yang menyokong kami. Kami telah memasang impian dan pencapaian tinggi. Kami berbangga dengan kerja yang telah kami buat.

"Semua pemain berhak menerima sambutan hebat. Di Maghribi mereka sangat gembira dan sangat bangga. Bukan mudah untuk mara ke separuh akhir. Terdapat pasukan hebat yang belum pernah ke sana," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved