‘Kami redah sungai untuk keluar cari rezeki’

LocalEnvironment
26 Oct 2026 • 9:47 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Kami redah sungai untuk keluar cari rezeki’

GUA MUSANG – Penduduk Kampung Brooke Lama di Pos Brooke, di sini terpaksa menyeberangi sungai untuk meneruskan urusan harian selepas jambatan gantung yang menjadi laluan utama mereka runtuh sepenuhnya akibat kepala air pada Selasa lalu.

Penghulu Kampung Brooke Lama, Rian Bujang berkata, keadaan itu menyukarkan kira-kira 20 keluarga yang menggunakan laluan berkenaan untuk keluar bekerja dan menghantar anak ke sekolah.

Katanya, dia berharap agensi berkaitan dapat mempercepatkan pembinaan jambatan sementara bagi membolehkan penduduk kembali menggunakan laluan berkenaan dengan selamat.

“Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara sudah dimaklumkan, malah wakil rakyat juga telah turun meninjau keadaan. Saya berharap agensi terlibat dapat membantu menyegerakan pembinaan jambatan kerana ini laluan utama penduduk, termasuk anak-anak ke sekolah dan masyarakat Orang Asli mencari rezeki.

“Penduduk terpaksa mengharung sungai sejak empat hari lalu untuk ke kawasan seberang kerana laluan alternatif melalui jalan Kuala Rengil,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Leha Jemsi, 53, berkata, dia berharap kerajaan dapat campur tangan bagi mempercepatkan pembinaan jambatan baharu itu.

Katanya, dia terpaksa membawa pakaian dan bermalam di rumah kakaknya di seberang sungai kerana bimbang tidak dapat pulang sekiranya paras air meningkat.

Pengarah Jakoa Negeri Kelantan dan Terengganu, Mohd. Faedzyal Mohamed berkata, cadangan pembinaan jambatan sementara menggunakan struktur Bailey sudah dibincangkan dan jambatan kekal akan dibina pada 2027 nanti. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Kami redah sungai untuk keluar cari rezeki’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved