PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Di sebalik suasana tegang di Mahkamah Persekutuan pada Isnin, pengerusi panel tiga hakim berseloroh agar semua perancangan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dapat diteruskan selepas keputusan majoriti memihak kepadanya.
Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais berkata, bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu berusia 34 tahun itu kini sudah mengetahui keputusan majoriti memihak kepadanya.
“Diharap perancangan itu dapat dibuat dengan perkara yang sepatutnya," katanya yang mengundang senyuman daripada ahli keluarga dan penyokong yang berada di galeri awam.
**media[3580814]**
Dalam keputusan tersebut, Syed Saddiq kekal dibebaskan daripada empat kes bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram (AMLA) dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan majoriti 2-1, Syed Saddiq kekal bebas
'Kami tahu perancangan Syed Saddiq, harap dapat diteruskan'- Hakim berseloroh
'Terima kasih sayang-sayang rakyat Malaysia' - Ibu syukur Syed Saddiq lepas, bebas
Bella tetap bersama walaupun dalam tempoh saya masih pesalah' - Syed Saddiq
**media[3580816]**
'Nasi minyak is coming soon!' - Space Dollah
Keluarga Syed Saddiq jamu nasi lemak, lempeng kepada media dan petugas mahkamah
'Doakan undang-undang lindungi semua, sama ada kawan atau lawan' - Syed Saddiq
Menerusi keputusan majoriti 2-1, dua hakim, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah berpendapat, bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berusia 34 tahun itu, wajar dilepaskan.
**media[3580639]**
Sementara itu, Abu Bakar menjadi satu-satunya hakim yang mempunyai pandangan berbeza apabila mendapati anak jati Johor Bahru itu bersalah.
Semasa membacakan keputusan, Abu Bakar berkata, ahli politik tersebut dibebaskan daripada pertuduhan pertama, iaitu bersubahat melakukan pecah amanah, namun didapati bersalah terhadap pertuduhan kedua membabitkan salah guna harta serta pertuduhan ketiga dan keempat berkaitan pengubahan wang haram.
“Bagaimanapun, keputusan itu tidak lagi relevan kerana dua hakim tidak sependapat dengan saya.
“Mereka sudah tentu berhak memberikan pandangan masing-masing sebagai hakim Mahkamah Persekutuan mengikut sistem kehakiman,” katanya.
Mahkamah sebelum ini menetapkan keputusan berkenaan dibuat pada 30 Jun, namun ditangguhkan selama dua minggu selepas Che Mohd Ruzima tidak sihat dan diberikan sijil cuti sakit selama dua hari.
Mengulas lanjut, Abu Bakar menjelaskan bahawa kelewatan keputusan sebelum ini berpunca daripada faktor kesihatan seorang hakim dan meminta semua pihak memahami keadaan tersebut.
**media[3580815]**
“Hakim juga manusia biasa. Apabila sihat, kita bekerja, namun jika tidak sihat, kita tidak dapat bertugas.
“Ia sama seperti peguam yang jatuh sakit. Tiada isu luar biasa berlaku dan saya harap semua pihak dapat menghargai keadaan itu,” katanya.
Pada 30 Jun lalu, peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Syed Saddiq menyifatkan penangguhan keputusan rayuan itu sebagai sesuatu yang di luar jangkaan.
Beliau berkata, situasi berkenaan tidak pernah dialaminya sepanjang penglibatannya dalam bidang guaman.




