“Kamu Ke Depan Nak Selamatkan Mak” – Bonda Rozita

21 Apr 2025 • 1:52 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Bonda Rozita Aliff Syukri

Walaupun diuji dengan masalah keluarga, usahawan terkenal Bonda Rozita Ibrahim tetap menyatakan rasa sayang dan syukurnya terhadap anaknya, Datuk Seri Aliff Syukri.

Dalam komen yang ditinggalkan di Instagram Aliff, Rozita menyifatkan anaknya sebagai “anak kiriman dari syurga” yang tidak pernah berhenti menyayangi dan mengambil berat tentang dirinya.

Tak ada lelaki mak paling sayang. Kamu anak kiriman Allah dari syurga… Dalam nikah dan cerai, kamu ke depan nak selamatkan mak.

Amanah, rahsia dan harapan seorang ibu

image is not available

Bonda Rozita turut mendedahkan bahawa menantunya, Datin Seri Shahida, dan seorang lagi anaknya, Fiza, telah diamanahkan untuk menyimpan semua rahsia hidupnya.

Mak suruh Ida rahsiakan, kalau mak mati baru Ida bukakan. Semua rahsia mak ada pada Ida dan Fiza, mereka pegang kunci mak.

Luahan itu turut disertai dengan rasa hiba mengenangkan derita hidupnya sejak muda yang tidak diketahui oleh anak-anak kerana dia memilih untuk berpura-pura bahagia demi melindungi mereka.

Mak tak mahu anak-anak mak tahu deritanya jiwa dari muda sampai ke tua.

Bonda Rozita hanya bergantung kepada Allah

image is not available

Bonda Rozita mengakui dia banyak menyendiri dan bergantung sepenuhnya kepada kekuatan dari Allah SWT untuk mengharungi cabaran hidup.

Saya berlindung dengan kekuatan Allah. Saya selalu sendiri dan Allah yang ajarkan saya banyak perkara.

Beliau turut berpesan agar semua pihak tidak menambah derita dengan perkara remeh dan mengajak semua fokus kepada kebaikan dan keikhlasan.

Kadang-kadang yang paling kuat, itulah yang paling banyak memendam rasa. Hargailah ibu bapa selagi mereka masih ada. Doa dan kasih mereka tiada gantinya.

Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

The post

appeared first on

.