Ikut nasihat abang, Rebecca Nur Al-Islam padam video sindir Shahida

LocalEntertainment
21 Apr 2025 • 10:30 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam membuat keputusan mengikut nasihat abangnya iaitu suami kepada Rozita Ibrahim untuk menamatkan konflik bersama isteri kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida.

Rebecca Nur Al-Islam padam video sindir Shahida

image is not available

Menerusi perkongsian di Threads, Rebecca memuat naik sekeping gambar memaparkan abangnya telah memberi sedikit teguran atas tindakannya sebelum ini yang menyindir Shahida dan berjanji akan meghormati nasihat yang telah diberi.

“Terima kasih abang long untuk nasihat pada malam ini. Demi menghormati saya akan terima segala teguran, nasihat, dan kata-kata yang positif,” kata Rebecca semalam.

image is not available

Dalam pada itu, Rebecca mendoakan agar urusan abangya dipermudahkan dan berjanji untuk memadam segala hantaran berbentuk sindiran kepada Shahida yang juga menantu kepada Rozita yang dimuat naik di media sosial.

“Sayang along sangat-sangat. Kita semua sekeluarga sentiasa mendoakan along sentiasa sihat dan bahagia bersama isteri dan anak-anak tercinta, saya akan padam segalanya,” tulis Rebecca.

image is not available

Menelusuri ke ruangan komen, warganet kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh Rebecca kerana dianggap tidak matang dan berharap lebih peka dalam menjaga aib keluarga sendiri.

Bukan itu sahaja, ada juga mendesak Rebecca yang juga pelakon filem Keramat itu untuk membuat permohonan maaf kepada Shahida setelah didakwa memfitnahnya dengan tuduhan yang tidak berasas.

Tolong jadi lebih matang

image is not available

Perlu minta maaf dekat Shahida

image is not available

Dah sedar dia bukan siapa-siapa

image is not available

Untuk rekod, pertelingkahan itu tercetus apabila Rebecca dipercayai mendengar rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu menumpang populariti dan bertindak memuat naik video penjelasan menyindir isteri kepada usahawan itu dengan gelaran ‘mak cik bodoh’.

Sumber: threads rebeccanuralislamahmad