Kamus DBP : Semakan Lengkap Ejaan & Maksud Bahasa Melayu

LocalTechnology
11 Apr 2026 • 2:07 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Sukacita dimaklumkan bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah membangunkan Portal Kamus DBP sebagai platform rujukan kamus dalam talian. Portal ini memuatkan data dan maklumat daripada Kamus Dewan Perdana (2020) serta boleh diakses bermula pada 10 April 2026 melalui pautan https://kamus.dbp.gov.my.

kamus dbp

Apa itu Portal Kamus DBP

Portal Kamus DBP merupakan inisiatif oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mewujudkan platform kamus rujukan bahasa Melayu yang terkini, komprehensif, berwibawa dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat dalam dan luar negara.

Sebagai kesinambungan kepada Kamus Dewan yang telah menjadi rujukan utama sejak tahun 1970, Kamus Dewan Perdana yang telah diterbitkan pada tahun 2020 memperluas cakupan perbendaharaan kata bahasa Melayu.

Kamus Dewan Perdana merupakan kamus bahasa Melayu yang pertama di dunia yang memanfaatkan data korpus dan data internet sebagai sumber data utama dalam penyusunannya. Kamus ini mengandungi lebih 120 000 entri dan subentri, yang lengkap dengan pelbagai kata umum, istilah, dialek dan kata bahasa serumpun dengan memasukkan maklumat seperti sebutan, ejaan Jawi, kelas kata dan etimologi, yang menjadi tanda aras perkembangan kosa kata bahasa Melayu.

Portal ini bukan sahaja ditujukan kepada pelajar, pendidik dan penyelidik, malah kepada orang awam yang memerlukan rujukan bahasa Melayu yang tepat dan sahih.

Sebagai sebahagian daripada agenda transformasi digital Dewan Bahasa dan Pustaka, portal ini melambangkan usaha berterusan pemerkasaan bahasa Melayu serta memacu pembangunan teknologi linguistik tempatan dalam ekosistem digital negara.

Fungsi Kamus DBP

Kamus DBP menyediakan pelbagai fungsi carian yang membantu anda mendapatkan makna perkataan dengan cepat, tepat dan terperinci. Fungsi ini direka untuk memudahkan akses maklumat bahasa secara interaktif serta menyeluruh.

Antara fungsi utama yang disediakan ialah:

1. Carian kata pantas
Anda boleh mencari maksud sesuatu perkataan dengan mudah, dan sistem turut menyokong cadangan kata berdasarkan perkataan yang hampir sama.

2. Paparan makna lengkap
Makna perkataan dipaparkan bersama maklumat tambahan seperti ejaan Jawi, sebutan fonetik, kelas kata, label, contoh ayat, sinonim dan rujuk silang.

3. Tab Kata
Jika anda mencari kata seperti “makan”, makna utama perkataan tersebut akan dipaparkan secara terus.

4. Tab Frasa Kata
Anda boleh melihat frasa berkaitan seperti “makan angin” yang membantu memahami penggunaan dalam konteks tertentu.

5. Tab Peribahasa Kata
Sistem memaparkan peribahasa yang berkaitan dengan sesuatu kata, lengkap dengan maksudnya.

6. Tab Kata Terbitan
Senarai kata terbitan seperti “memakan”, “pemakanan” dan “bermakan” akan dipaparkan untuk rujukan.

7. Tab Frasa Kata Terbitan
Frasa yang terhasil daripada kata terbitan turut disenaraikan bagi membantu pemahaman yang lebih mendalam.

8. Tab Peribahasa Kata Terbitan
Peribahasa yang terbentuk daripada kata terbitan juga dipaparkan untuk memperluas pengetahuan bahasa.

9. Tab Asal Usul Kata
Anda boleh melihat etimologi atau asal usul sesuatu perkataan termasuk sumber bahasa dan perubahan penggunaannya.

10. Menu Kata Hari Ini
Fungsi ini memperkenalkan satu perkataan baharu setiap hari secara automatik untuk membantu meningkatkan kosa kata anda.

11. Menu Carian Tertinggi
Memaparkan senarai perkataan yang paling kerap dicari dan dikemas kini setiap 12 hingga 24 jam, supaya anda mengetahui kata yang sedang popular dicari.

Cara Daftar Akaun Kamus DBP

Berikut adalah cara daftar akaun Kamus DBP:

  1. Layari laman web: https://kamus.dbp.gov.my.
  2. Klik ikon “Daftar Akaun” pada bahagian menu atas di sebelah kanan halaman utama.
  3. Masukkan email anda
  4. Klik “Daftar Akaun” untuk daftar akaun Kamus DBP anda
  5. Isi maklumat diri anda seperti berikut:
    • Nama Penuh
    • Jantina
    • Tarikh Lahir
    • Negara
    • Kata Laluan
    • Pekerjaan
  6. Klik “Saya Setuju” untuk hantar permohonan pendaftaran akaun anda
  7. Buat pengesahan email
  8. Masukkan Kod Pengesahan KamusDBP yang dihantar ke alamat email anda
  9. Klik “Sahkan Email”
  10. Anda kini boleh log masuk semula akaun anda ke dalam Portal Kamus DBP
kamus dbp
SKRIN HALAMAN UTAMA PORTAL
kamus dbp
LANGKAH 1
kamus dbp
LANGKAH 2
Image from: Kamus DBP : Semakan Lengkap Ejaan & Maksud Bahasa Melayu
LANGKAH 3
Image from: Kamus DBP : Semakan Lengkap Ejaan & Maksud Bahasa Melayu
LANGKAH 4
Image from: Kamus DBP : Semakan Lengkap Ejaan & Maksud Bahasa Melayu
LANGKAH 5

Cara Menggunakan Kamus DBP

Berikut ialah langkah-langkah mudah untuk menggunakan Kamus DBP:

  1. Layari laman web: https://kamus.dbp.gov.my.
  2. Pada halaman utama, taip perkataan yang ingin anda cari di ruang Carian Kata.
  3. Semasa anda menaip, sistem akan memaparkan cadangan perkataan yang hampir sama di bawah ruang carian.
  4. Anda boleh:
    • Klik pada salah satu cadangan perkataan, atau
    • Tekan kekunci “Enter” pada papan kekunci.
  5. Jika anda klik pada cadangan, makna perkataan akan terus dipaparkan.
  6. Jika anda tekan “Enter”, anda akan melihat senarai perkataan yang berkaitan terlebih dahulu.
  7. Jika perkataan tersebut mempunyai homonim (perkataan sama ejaan tetapi berbeza makna), pilih dan klik pada perkataan yang sesuai.
  8. Selepas itu, makna perkataan akan dipaparkan di halaman utama.
  9. Sesetengah perkataan mempunyai sinonim atau istilah seerti.
  10. Klik pada perkataan berwarna biru dan bergaris di bahagian Sinonim untuk melihat makna perkataan berkaitan.
Image from: Kamus DBP : Semakan Lengkap Ejaan & Maksud Bahasa Melayu
LANGKAH 1
Image from: Kamus DBP : Semakan Lengkap Ejaan & Maksud Bahasa Melayu
LANGKAH 2
Image from: Kamus DBP : Semakan Lengkap Ejaan & Maksud Bahasa Melayu
LANGKAH 3
Image from: Kamus DBP : Semakan Lengkap Ejaan & Maksud Bahasa Melayu
LANGKAH 4

Manual Penguna

PANDUAN PENGGUNAAN PORTAL KAMUS DBP

panduan-penggunaan-portal-kamus-dbp-v3-20260409084324Download

PANDUAN PENGGUNAAN KAMUS

panduan-penggunaan-kamus-dewan-perdana-v1-20260311074159Download

SENARAI KEPENDEKAN KAMUS DEWAN PERDANA

senarai-kependekan-kamus-dewan-perdana-20260220085042Download

PANDUAN SEBUTAN

panduan-sebutan-20251215165356Download

Aduan & Maklum Balas

Sebarang masalah atau cadangan kepada portal kamus DBP, anda boleh isi dan hantar dalam Borang Maklum Balas di pautan berikut: https://kamus.dbp.gov.my/feedback

Soalan Lazim Kamus DBP

Apakah Kamus DBP?

Kamus DBP ialah kamus rasmi yang dibangunkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memberikan makna perkataan Bahasa Melayu secara tepat dan standard.

Adakah Kamus DBP boleh digunakan secara percuma?

Ya, Kamus DBP boleh diakses secara dalam talian secara percuma melalui portal rasminya.

Bagaimana cara mencari maksud perkataan dalam Kamus DBP?

Anda hanya perlu menaip perkataan di ruang carian dan tekan “Enter” atau klik pada cadangan perkataan untuk melihat makna.

Kenapa terdapat lebih daripada satu makna bagi satu perkataan?

Sesetengah perkataan mempunyai lebih daripada satu makna atau homonim, bergantung kepada konteks penggunaan.

Apakah maksud sinonim dalam Kamus DBP?

Sinonim ialah perkataan yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama dengan perkataan yang dicari.

Adakah Kamus DBP menyediakan contoh ayat?

Ya, sesetengah perkataan disertakan dengan contoh ayat untuk membantu anda memahami penggunaan sebenar.

Apa itu kata terbitan dalam Kamus DBP?

Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk daripada kata dasar melalui imbuhan seperti awalan, akhiran atau apitan.

Bolehkah saya melihat peribahasa dalam Kamus DBP?

Ya, Kamus DBP turut menyediakan senarai peribahasa yang berkaitan dengan sesuatu perkataan.

Apakah fungsi “Kata Hari Ini”?

Fungsi ini memaparkan satu perkataan baharu setiap hari untuk membantu menambah kosa kata anda.

Apakah yang dimaksudkan dengan “Carian Tertinggi”?

Ia ialah senarai perkataan yang paling kerap dicari oleh pengguna dan dikemas kini secara berkala.

Baca juga: e-SIJIL MUET – Cara Muat Turun Slip Keputusan MUET Online

View Original Article