Kanak-kanak bakal ada had masa tengok skrin

LocalFamily & Parenting
29 Oct 2026 • 10:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kanak-kanak bakal ada had masa tengok skrin

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang berbincang dengan penyedia platform dalam talian bagi melaksanakan ciri had masa skrin automatik untuk kanak-kanak, termasuk menetapkan tempoh rehat wajib selepas penggunaan dalam jangka panjang.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, sebagai contoh, kanak-kanak yang menonton YouTube Shorts boleh dihadkan kepada sejam dan selepas itu mereka perlu berehat seketika.

Katanya, had masa itu boleh ditetapkan mengikut keperluan pengguna.

“Kita harap semua platform yang mempunyai ‘autoplay’ boleh meletakkan had masa penggunaan supaya anak-anak boleh berehat,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 bagi Kementerian Komunikasi di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau dan rakan sejawatnya dari beberapa negara ASEAN sedang membincangkan kaedah untuk mengaktifkan had berkenaan secara lalai, tanpa memerlukan ibu bapa mengaktifkannya sendiri.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan bila langkah dicadangkan itu akan diperkenalkan atau sama ada sebarang persetujuan sudah dicapai dengan platform berkenaan.

“Kerajaan peruntukan RM58.7 juta bagi Kempen Internet Selamat di bawah Belanjawan 2027 turut digunakan untuk membiayai program bagi mendidik ibu bapa, penjaga dan guru mengenai langkah melindungi kanak-kanak daripada ancaman dalam talian.

“Ibu bapa tidak menyedari mereka boleh menggunakan ciri kawalan ibu bapa sedia ada pada peranti untuk mengehadkan masa skrin anak-anak,” katanya.

Menyentuh berhubung keselamatan permainan dalam talian, termasuk Roblox, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), sedang melakukan kajian terhadap perkembangan risiko dan langkah perlindungan bersesuaian.

Katanya, MCMC turut meneliti pendekatan dan amalan antarabangsa bagi mengenal pasti langkah keselamatan yang berkesan.

“Pada masa sama, CMCF melaksanakan rundingan awam bagi membangunkan subkod permainan,” ujarnya.

The post Kanak-kanak bakal ada had masa tengok skrin appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved