Kerajaan Bincang Had Masa Skrin Kanak-Kanak, Rehat Wajib Selepas Penggunaan Berpanjangan

LocalFamily & Parenting
29 Oct 2026 • 5:43 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kerajaan Bincang Had Masa Skrin Kanak-Kanak, Rehat Wajib Selepas Penggunaan Berpanjangan

Kerajaan sedang mengadakan perbincangan dengan platform dalam talian bagi memperkenalkan ciri had masa skrin automatik untuk kanak-kanak, termasuk keperluan berehat selepas menggunakan perkhidmatan berkenaan dalam tempoh tertentu.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata beliau bersama rakan sejawat dari beberapa negara ASEAN sedang membincangkan kaedah untuk mengaktifkan ciri berkenaan secara lalai tanpa memerlukan ibu bapa menetapkannya secara manual.

Menurutnya, sebagai contoh, penggunaan YouTube Shorts oleh kanak-kanak boleh dihadkan kepada satu jam sebelum mereka diminta berehat seketika.

“Kita harap semua platform yang mempunyai ciri main semula automatik atau autoplay boleh menetapkan had masa penggunaan supaya anak-anak boleh berehat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2027 bagi Kementerian Komunikasi di Dewan Rakyat, hari ini.

Fahmi menjelaskan bahawa tempoh penggunaan boleh ditetapkan mengikut keperluan pengguna.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan tarikh pelaksanaan cadangan itu atau sama ada persetujuan telah dicapai dengan platform terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berkata peruntukan sebanyak RM58.7 juta bagi Kempen Internet Selamat di bawah Belanjawan 2027 turut digunakan untuk membiayai program pendidikan kepada ibu bapa, penjaga dan guru mengenai langkah melindungi kanak-kanak daripada ancaman dalam talian.

Katanya, masih terdapat ibu bapa yang kurang menyedari bahawa ciri kawalan ibu bapa pada peranti sedia ada boleh digunakan untuk mengehadkan masa skrin anak-anak.

Sementara itu, berhubung keselamatan permainan dalam talian termasuk Roblox, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) sedang meneliti perkembangan risiko serta langkah perlindungan yang bersesuaian.

Baca juga:

Menurut Fahmi, MCMC turut mengkaji pendekatan dan amalan yang dilaksanakan di peringkat antarabangsa bagi mengenal pasti kaedah keselamatan yang berkesan.

“Pada masa sama, CMCF melaksanakan rundingan awam bagi membangunkan subkod permainan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved