Kanak-kanak disepak hingga terlentang, polis buru lelaki dalam video tular

LocalFamily & Parenting
14 Sep 2026 • 7:09 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Kanak-kanak disepak hingga terlentang, polis buru lelaki dalam video tular

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki menyepak kanak-kanak perempuan sehingga jatuh terlentang di hadapan pelanggan sebuah kedai makan di Telipot di sini mengundang siasatan polis.

Rakaman kejadian yang tular di media sosial memaparkan lelaki berkenaan memimpin kanak-kanak itu sebelum secara tiba-tiba menyepaknya.

Kanak-kanak tersebut dilihat terjatuh, sebelum lelaki terbabit menariknya semula untuk meninggalkan premis berkenaan.

Beberapa pelanggan yang menyaksikan kejadian itu kelihatan tergamam dan hanya memerhatikan tindakan lelaki tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung rakaman berkenaan kira-kira pukul 10.24 malam tadi.

“Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kedai makan di Telipot dan video berkenaan dimuat naik oleh pemilik premis menerusi akaun Facebook miliknya.

“Sehubungan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Azmir berkata, usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan lelaki terbabit serta kanak-kanak perempuan dalam rakaman berkenaan untuk membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Nur Faraheen Azman Lim menerusi talian 011-11136722.

The post Kanak-kanak disepak hingga terlentang, polis buru lelaki dalam video tular appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved