Kanak-kanak lelaki tujuh tahun maut jatuh tingkat 10

23 Oct 2026 • 8:51 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kanak-kanak lelaki tujuh tahun maut jatuh tingkat 10

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 10 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Melana Fasa II, Taman Sutera Ros, Tampoi, di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Adib Rizqy Mohammad Fauzi, ditemukan pada pukul 5.30 petang tadi.

Insiden itu dipercayai berlaku ketika mangsa, yang merupakan anak kedua daripada empat beradik keluar untuk bermain basikal bersama rakannya di kawasan beranda sebelum dipercayai terjatuh ke tingkat bawah.

Tinjauan di lokasi mendapati pasukan forensik sedang melakukan siasatan kejadian berkenaan, manakala mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini untuk bedah siasat.-UTUSAN

The post Kanak-kanak lelaki tujuh tahun maut jatuh tingkat 10 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved