Kanak-kanak maut leher dikelar: Bapa saudara direman enam hari lagi

4 Sep 2026 • 6:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kanak-kanak maut leher dikelar: Bapa saudara direman enam hari lagi
Perintah reman sehingga 10 September itu, dikeluarkan Majistret Romario Jonoi di Mahkamah Majistret di sini hari ini. Gambar hiasan

SIBU - Suspek lelaki berusia 49 tahun dalam kes seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai dikelar di Jalan Rantau Panjang Jaya di sini, direman selama enam hari lagi bagi membantu siasatan polis.

Perintah reman sehingga 10 September itu, dikeluarkan Majistret Romario Jonoi di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Suspek sebelum ini direman selama enam hari bermula 29 Ogos bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari pada 28 Ogos, mangsa dipercayai mengalami kecederaan akibat dikelar pada bahagian leher oleh suspek yang juga bapa saudaranya.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad sebelum ini berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan hospital berkenaan.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, polis menahan suspek dan beberapa barangan dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan turut dirampas di lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah juga dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved