Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dalam Kereta Rosak, Mekanik Terhidu Bau Pelik

22 Nov 2025 • 9:11 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Penduduk di kawasan perindustrian Kampung Muslim, Labuan, dikejutkan dengan penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia sekitar lapan tahun di dalam sebuah kereta rosak yang sudah lama ditinggalkan di belakang sebuah bengkel.

image is not available

Bau busuk dari kereta rosak

Mmetik laporan daripada Harian Metro, kejadian itu disedari seorang mekanik sekitar 8.45 pagi ketika cuba mengalihkan kereta jenis Proton Gen-2 yang telah tersadai di lokasi tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Mohd Hamizi Halim, berkata mekanik tersebut mula curiga selepas terhidu bau busuk dari dalam kenderaan itu.

“Pemeriksaan kemudian dilakukan sebelum menemukan mayat kanak-kanak di bahagian dalam kenderaan itu.
“Siasatan awal mendapati kereta itu adalah kenderaan rosak yang diletakkan di kawasan bengkel sejak Jun lalu,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

image is not available

Kanak-kanak berbangsa Bajau tak bernyawa dalam kereta rosak

Menurut beliau, polis menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.10 pagi, sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi. Pasukan perubatan yang tiba pada 10.26 pagi mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

“Identiti mangsa dikenal pasti sebagai Budin Jimsalim, lelaki, berbangsa Bajau, dan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.
“Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Labuan untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

image is not available

Artikel lain: Detik Cemas Di Bilik Air, Bayi Sulung Dilahirkan Secara Songsang Meninggal Dunia

Mohd Hamizi memaklumkan bahawa tiada unsur jenayah ditemui setakat ini, namun siasatan masih diteruskan sebagai kes mati mengejut (SDR).

Polis turut merakam keterangan saksi dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro (Juwan Riduan)

The post Kanak-Kanak Meninggal Dunia Dalam Kereta Rosak, Mekanik Terhidu Bau Pelik appeared first on Borak Daily.